Monday, November 23, 2009

mengantuk....

aku malas sungguh nak bekerja hari ini, aku patut mintak cuti je..tetapi cuti aku minggu hadapan, bukan minggu ini..aku masih lagi menanti kegilaan dia. tetapi dia senyap aje.sebenarnya aku tidak perlu memikirkan benda-benda sebegitu pun, menyakitkan hati ade je lah kan, seharusnya aku tidak perlu memikirkannya lansung sebabnya ..ade aku kisah ker..cuma aku terbayang-bayang benda-benda yang seharusnya tidak patut aku terbayang2kan. jealous?entahlah...dia yang bersalah, bukan aku yang bersalah...dia yang seharusnya rasa tidak selamat, bukan aku..dia sepatutnya yang terasa dengan aku, bukan aku yang terasa dengan dia, mungkin aku berlembut sangat dengan dia kot...bodohnya aku...

Thursday, November 12, 2009

aku rasa dia dah gila...

aku rasa dia memang sudah gila sebab tengah hari tadi dia ym dengan aku..katanya aku ini kawan dia..kawan? dia gila ker? sapa nak berkawan dengan dia selepas apa yang telah berlaku pada aku..dia memang gila sebab dia boleh fikir yang aku boleh accept dia sebagai kawan...so selama berbulan-bulan aku cuba untuk menguatkan jiwa aku supaya aku tabah menghadapi dugaan hidup tu apa? nak letak mana semua tu...dan dia memang gila sebab dia boleh anggap aku kawan dia...sapa nak berkawan dengan dia? sapa yang gila akan anggap dia itu kawan aku..aku ni bukanlah malaikat, aku manusia biasa sahaja...aku tak tahu apa tujuan dia ym dengan aku, siap tanya khabar aku, tanya khabar parents aku...siapa dia nak tahu semua itu...tu yang dia sakitkan hati aku selama 6 bulan tu nak letak kat mana? betullah kata orang tua-tua, pelanduk sentiasa lupakan jerat, tetapi jerat tidak pernah lupakan pelanduk.tidak pernah lupa dan tidak akan lupa...dan ternya dia lupakan jerat dia..dan aku tidak pernah lupa apa yang telah dia buat pada aku...mungkin dia nak mempergunakan aku kembali untuk menyiapkan tesis dia...nampaknya dia extend satu sem...mungkin buat paper atau carry paper..sangkut ker? sepatutnya makin bersemangat lah kan...entah apa2 entah...bodoh sungguhlah...kenapa nak ym dengan aku, bodoh n bosan...takde kawan lain ke nak ym, kenapa tak ym kawan2 yang lain2...apa aku ni senang sangat ke nak kene tipu dengan dia...benda ni semakin membuatkan aku bertambah2 kebenciannya..sehingga tak tahu macam mana nak rungkaikan lagi tahap kebencian tu..aku tahu yang benci akan menyebabkan aku jadi tua dengan cepat...tetapi membenci dia takkan mengubah apa2 pun...sekarang ini aku nak tengok apa rentak permainan dia..dia nak buat apa dengan aku...nak mempergunakan aku lagi lah tuh...

aku nak tengok sejauh mana kegilaan dia...

Friday, October 23, 2009

lemah...panas...

aku tak tahu nak mulakan macam mana...

yang aku dapat tahu ialah, dia dah kawin...kali ni betul2...hancur hatiku...kali ni betul2 hancur.setelah beberapa bulan aku tak memikirkan apa2...kali ini hancur sehancur-hancurnya.


dan kali ini aku rasa aku lemah...panas...


perasaan yang sama sewaktu aku dapat tahu dia dijodohkan dengan orang lain oleh ibunya.

aku taknak tahu pun, bukan aku yang mencari kenyataan itu tetapi akhirnya ia sampai ke telinga aku..

aku rasa panas sekarang ini...

dan bila banyak kali aku ulang ayat itu...aku panas...

dan bila aku mula memikirkan yang kehidupan dia yang baru...aku terharu...aku harap orang yang mendampingi dia adalah aku...tetapi kehidupan ini bukan milik aku. aku bukan penentu. walaupun sebanyak mana yang aku inginkan, kehidupan aku bukan begitu...

aku ada tanggungjawab lain dalam hidup aku, dan tidak siapa pun yang akan mengerti hal itu...

takpela...hari ini hari dia

esok lusa hari aku...









Monday, October 19, 2009

hayat....

bercerita tentang kehidupan, membuatkan aku terasa entahlah, pelik kan, semakin banyak yang ku cari dalam hidup ini semakin sesat aku jadinya. Mengeluh, aku sendiri pun malas nak mengeluh, apatahlah lagi nak memikirkan yang hidup aku jadi kelam kabut. Memang kelam kabut jadinya, so..apa yang aku minta sekarang ini? hidup yang normal? sama? sesetengah orang mungkin ada beberapa impian tetapi aku ada banyak impian, sebabnya impian aku masih tidak termakbul sebagaimana impian orang lain yang sudah lama termakbul...

aku rasa aku seperti manusia yang menunggu di bawah pokok berhampiran dengan jambatan ke seberang. kebanyakan orang sudah melalui jambatan itu dan menuju ke arah itu tetapi aku masih lagi menunggu dengan siapa patut aku menyeberang jambatan itu...dan aku masih lagi duduk di bawah pokok itu sambil menunggu kehadiran orang itu..ramai yang menunggu dengan aku. ada yang masih menunggu dan ada yang sudah bertemu dengan orang yang ditunggu-tunggu. dan aku gelisah menunggu, tunggu dan tunggu, tetapi jika aku bijak, aku tidak akan tunggu semata-mata tunggu, dalam masa aku menunggu aku akan buat apa sahaja, tetapi pada masa yang sama aku akan tunggu dan tunggu. atau patutkah aku pergi ke arah lain dan menunggu di tempat yang lain. bagaimana yer...

patutkah aku pergi ke pokok lain untuk menunggu? atau ke pokok yang lain untuk menunggu? ataupun tunggu sahaja di tempat ini untuk menunggu? macam mana yer...

memang betul la kata orang, penungguan itu satu penyeksaan. Ada ke manusia yang aku tunggu tu? wujud ke dalam dunia yang nyata nih ataupun mungkin bukan dunia ini, mungkin akhirat nanti? tetapi kuatkah aku dalam menghadapi ujian dan rintangan ini...

Monday, October 12, 2009

entahlah...

aku malas nak menghantar pelajar diploma ke pertandingan tu..nak menghantar ke bas pun malas...entahlah. pagi ni sememangnya aku banyak tersenyum tetapi bila temperature kereta aku tiba2 naik bila aku berhenti drive..membuatkan aku terasa pelik. dan banyak berfikir. mungkin aku patut hantar kereta aku untuk servis dan jika tak siap esok..aku boleh cuti aje. duk rumah lagi best...

hari ini semacam 2 tahun yang lepas, sewaktu aku naik bus ke sana untuk sukmat. tetapi hari ni bukan aku yang pergi. ada masanya itu pengalaman aku, ada masanya itu pengalaman orang lain.

apa yang dah aku buat 2 tahun lepas agaknya...sehingga membawa kesan seperti hari ini? something been missing in my life sekarang ini tetapi aku tidak tahu apa dia. dan aku tidak mengucapkan selamat berjuang atau apa2 sekalipun...malas...

2 tahun aku di sini sebenarnya tidak memberi apa2 kesan kepada diri aku, aku masih tak kaya, aku masih single, aku masih tidak puas hati, aku masih tidak ada apa2 pencapaian dalam hidup, aku tak bahagia, aku tak suka, aku...menyesal? aku tidak akan menyesal...walau apa2 keputusan sekalipun, jauh untuk menyesal...itu bukan aku...

if they can't fit in ur life, try to fit in their life...

aku rasa aku patut merangka semula tindakan aku...

apa yang patut aku buat sekarang ini?

apa perancangan aku sekarang ini?

hidup ni perlulah diteruskan...

kenapa sekarang aku terasa tidak ada kehidupan?

apa yang hilang dalam diri aku ini?



Sunday, September 20, 2009

salam lebaran...

aidilfitri...hari raya pertama hari ini, hari ini memang mengubah segalanya, setelah aku membuang dia jauh-jauh dalam diri dan hidup aku, ternyata masih ada peninggalan kesan peristiwa itu. Aku sendiri sudah tidak larat hendak mengalirkan air mata lagi. agaknya sudah lali dengan menangis, dan menangis pun takkan mengubah apa-apa kenyataan yang yang berlaku tetap akan berlaku, dan aku banyak kali mengatakan kepada diri sendiri yang aku wajib untuk yakin dengan ketentuan dan takdir yang menimpa diri aku ini, mungkin ianya pernah terjadi kepada orang lain.

sedang aku mengemas aku terlihat akan buku catatan aku yang sering aku guna 2 tahun yang lepas, dan ternyata ada coretan tentang apa yang terjadi lepas-lepas, dan aku masih lagi menyimpan alamat rumahnya,dan tiba-tiba aku sebak...

aku benci untuk mengingatinya, nak menulis tentangnya pun aku benci...

Tuesday, August 11, 2009

kehidupanku....

mungkin sebab aku sudah lama tidak menulis di dalam ini, timbul perasaan nak menulis hari ini, dan peliknya bila masa aku datang awal ke pejabat hari ini. mungkin sebab sebelum ke pejabat aku hantar adik aku ke politeknik dulu dan perjalanan ke pejabat macam sekejap aje...aku bosan sebenarnya memikirkan benda-benda yang perlu aku lakukan. Entahlah, dah lah surat tawaran tu pun aku lupa nak amik,kenapalah dengan aku ini. aku nak keseronokan seperti dulu, tetapi masa itu sudah berlalu dan ianya takkan kembali lagi selepas ini, entahlah, bosan pun ada boring pun ada. Pagi aku hari ini dipenuhi dengan kebosanan aku ini, entahlah...

hidup ini perlu diteruskan, sebab itulah nama aku...aku ada kehidupanku sendiri dan mungkin ianya sama dengan kehidupan orang lain yang aku tidak tahu asal usulnya, tetapi aku kenal dengan diri aku ini. Aku perlu teruskan hidup ini juga kerana aku boleh hidup dalam keadaan seperti ini dan aku pernah mengalami kekecewaan dan perasaan yang sebegini sebegini. Dan masa yang mengubat segala kekecewaan itu, dan masa yang akan menentukan, dan sebagaimana masa berjalan dengan pantas, usia pun semakin bertambah dan bertambah dan hampir kepada kematian. Jika aku tiada anak, siapa agaknya yang akan mendoakan aku bila masa aku sudah tidak wujud di dalam dunia ini, siapa agaknya...sedekah dan amal jariah, pun jarang2 aku lakukan, ilmu yang bermanfaat..aku pernah terfikir benda itu suatu hari dulu, dan sekarang aku yakin aku akan ada itu, tetapi doa anak yang soleh, sempat ke aku akan ada anak suatu hari nanti?

aku yakin aku akan ada suatu hari nanti seperti mana aku yakin yang aku akan dapat menyambung pengajian aku itu...

ok...aku rasa aku patut kembali kepada situasi sebenar aku di sini, memikirkan tentang perjalanan hidup aku yang bakal aku tempuh sebentar lagi dan ada banyak benda yang boleh menggembirakan aku, kenapa aku memikirkan satu benda yang menyakitkan hati aku, manusia akan cuba untuk menyakitkan hati manusia yang lain tetapi masih ramai manusia lain yang akan menggembirakan hati aku...dantanggungjawab aku amat besar sebenarnya, sehingga kekadang aku tidak yakin tetapi kali ini aku amat yakin, jika ianya melibatkan diri sendiri, kadang-kadang senang untuk dapat tetapi jika melibatkan orang lain, susah sedikit untuk mendapat kejayaan. Ya Allah, aku sebenarnya jatuh cinta pada orang yang silap, aku tak sepatutnya melafazkan ayat itu sedangkan dia tidak pernah melafazkan kepada aku..dan dia pun langsung tidak amik tahu tetang diri aku dan sepertimana yang aku nyatakan tadi, aku memang jatuh cinta pada manusia yang tidak sepatutnya dan itulah kesilapan aku yang paling nyata dan akhirnya aku sendiri yang kecewa dalam proses ini.

aku sepatutnya sedar kali ini yang aku bertindak bodoh dalam proses itu, dan aku akan cuba untuk berfikir dengan lebih baik. takpela, kali ini proses hidup aku agak rumit tetapi sekurang-kurangnya aku cuba untuk berjaya dan berusaha untuk mendapatkan apa yang aku rasa aku nak dalam hidup ini tetapi akhirnya tidak berjaya. sekurang-kurangnya aku berusaha untuk berjaya dan aku tawakal tetapi masih tidak berjaya malas gagal.

Sunday, July 26, 2009

ada aku kisah...III

hidup ni perlu diteruskan, walaupun tak seindah yang kita ciptakan, cumanya bila terjadinya kejadian sedemikian, membuatkan aku lebih tertumpu kepada perkara-perkara dasar seperti apa fungsi aku kepada kehidupan aku, jika aku menginginkan kehidupan di dunia ini, makanya ianya memang tidak akan kekal...cuma aku rasa sekarang ini yang aku tidak sabar untuk bertemu kembali dengan ramadhan, mungkin ramadhan adalah yang paling bermakna, seperti aku ingat ramadhan tahun 2005,2006,2007...tetapi aku lupa ramashan aku tahun 2009 dan cuma aku masih ingat solat sunat aidilfitri ku pada 1 Syawal 2005 dan seterusnya, aku berdoa tentang seseorang, dan aku rasa doa itu tidak akan dimakbulkan, mungkin sebab ianya tak sepatutnya dimakbulkan, siapalah aku untuk tahu apa yang bakal terjadi, dan aku ternyata memang tidak tahu, cuma ...hidup ini sememangnya perlu diteruskan, cuma aku kecewa dengan lambat, aku sepatutnya kecewa lebih awal dari ni, supaya aku dapat mengubat dengan lebih awal. yang mana seperti aku terbaca dalam majalah tadi, kegembiraan itu sekejap dan kekecewaan itu akan berlaku dalam sekelip mata sahaja. jika tadi kita baru gembira, seminit kemudian sudah ada berita yang tidak menggembirakan, dah hidup ini begitulah, aku sebenarnya perlu redha sahaja dalam menjalani kehidupan sebegini, dan aku perlukan sesuatu yang membuatkan aku terasa sibuk untuk belajar dan tahu banyak perkara dalam hidup kita ini.

Friday, July 24, 2009

ada aku kisah..II

hari ini sebenarnya aku tak bekerja hari ini kerana atas dasar selsema babi tu, tempat aku kerja dikuarantinkan...dan doktor tu cakap, seminggu kene tutup..bagi aku, seminggu bercuti adalah salah satu rahmat yang tidak terhingga lebih-lebih lagi kepada manusia workholic seperti aku, cuma sejak dua menjak ini aku mengalami perasaan malas dan bosan untuk bekerja walaupun sebenarnya aku masih lagi mempunyai banyak peristiwa yang perlu aku selesaikan sebelum aku beralih arah ke arah lain, dan arah yangaku sendiri tidak tahu...

kadang-kadang aku sendiri tidak tahu di mana hujungnya perjalanan hidup aku ini, aku sentiasa menggambarkan penghujung aku akan sentiasa indah dan tidak mengecewakan, dan jika aku bertemu dengan kesedihan, akhirnya aku akan gembira dan sinar itu akan kembali, cuma kadang-kadang aku berdendam dengan keadaan..dan mungkin aku sendiri tidak bersyukur dengan apa yang telah terjadi, walaupun pahit namun terpaksa aku telan...orang kata bila cinta memerlukan pengorbanan..dan aku membuat pengorbanan,semakin jauh aku dengan kalimat cinta itu, mungkin ianya takkan hadir lagi dalam hidup aku disebabkan oleh hati aku sudah beku untuk menerima penangan cinta itu...

jika aku terfikirkan dengan gelagat manusia yang lebih teruk keadaannya daripada aku, aku memang patut bersyukur dan sentiasa bersyukur kerana sentiasa ada sebabnya setiap perkara terjadi kepada aku...dan cuma kadang-kadang bila aku berfikiran jahat...setiap benda yang terjadi kepada aku..membuatkan aku terfikir yang..dia bahagia..dia akan cuba untuk menyesuaikan diri, dia akhirnya akan berjaya..tetapi aku..aku masih lagi teringat2kan benda yang tidak sepatutnya, aku masih lagi berharap dengan unisel itu, aku masih lagi sendiri...dan ternyata pengorbanan hanya untuk seseorang sahaja, pihak satu lagi akan cuma mengalami kekecewaan yang tahap melampau...

astaghfirullah...aku tak sepatutnya berfikiran demikian, kerana semua benda yang terjadi adalah kehendak Allah dan Allah mempunyai pelan tersendiri yang hanya Allah sahaja yang tahu, dan jika Allah menghendaki supaya aku sendiri selamanya, sehingga aku menghembuskan nafasku yang terakhir, itukan kejadian dan kehendak Allah, siapalah aku untuk menghalang sebab ternyata Allah yang berkuasa atas apa yang terjadi...bila aku berfikiran demikian, seperti aku tidak ikhlas dengan ketentuan daripada Allah terhadapku...dan jika manusia itu berlutut di depanku sekalipun, dan sehingga keluar air mata darah sekalipun, peritiswa itu sudah berlaku...

cumanya...aku rasa dia bahagia..dia sudah bahagia...sudah bertemu dengan kebahagian hidunya, dan membuatkan aku dengki ialah bilamana aku masih tidak bahagia..aku dengki dengan kebahagian itu, aku nak dia rasa apa yang aku rasa, aku benci bila aku sentiasa memikirkannya...ya Allah jaukanlah aku dengan perasaan ini, perasaan yang akan membunuh diriku...

cumanya aku tak tahu, bila aku akan membuka kembali lembaran itu, sudah penat rasanya...aku tak pernah mempermainkan perasaan orang lain, kenapa ada yang suka mempermainkan perasaan aku...aku tidak pernah bermusuhan dengan sesiapa...

aku malas nak memikirkan perkara-perkara ini lagi...aku..bosan dengan semua benda sebegini,bosan dan bosan..

Tuesday, July 14, 2009

ada aku kisah....

aku akan pergi ke Kelantan lagi Jumaat ini, aku beritahu kakza, aku benci pergi ke kelantan lagi, kalau bukan kerana emak aku yang nak kami pergi, sampai bila2pun aku takkan menjejakkan kaki ke situ lagi. memanglah kelantan tu luas dan aku takkan jumpa dia tetapi nak memikirkan bahawa aku akan pergi ke sana, tempat asal dia, amatlah menyakitkan hati aku, tetapi aku terfikir yang aku pun berasal dari sana juga, cuma sekarang ini aku sengaja mencipta peristiwa dan agenda yang akan membuatkan aku seronok apabila berada di sana.

yang makin membuatkan aku semakin tak nak ke sana ialah apabila tujuan aku ke sana ialah pergi ke kenduri kahwin sepupu aku, yang umurnya ternyatalah jauh bangat dari aku ini. dan aku telah menggambarkan bahawa mesti akan ada di kalangan makcik-makcik aku yang akan bertanyakan tentang jodoh aku..dan semakin memikirkan hal ini, semakin akan menyesakkan pemikiran aku. Mungkin aku patut pandang dan senyum sahaja. Mana mungkin aku tahu bila aku akan kawin, lebih2 lagi aku tiada calon buat masa ini.

"kak za kene jaga sikit adik kak za tuh, kene tegur sikit perangai dia tuh..."

"ada aku kisah dengan semua itu..."

bosan, bila mana manusia lupa akan perangai diri sendiri dan cuba untuk menegur perangai orang lain, cuma ko babgitau aku kan , manusia mana yang tak suka dengan perangai dia tu tetapi ade ke yang akan bagitau dan berterus terang dengan dia, dulu aku pernah kata yang aku tak suka dengan dia sebab dia tidak boleh dipercayai langsung, dan dia diam sahaja..dan ternyata selepas beberapa minggu, dia sendiri pun tidak ingat akan perangai diri sendiri...

tetapi aku tahu mereka tu si kitol....

dan tempat tu pun menjadi bilik mayat untuk mereka...

aku teringat kata-kata kakza pagi tadi, sehingga kami terdiam dan sehingga membuatkan aku mengambil keputusan untuk keluar makan.....

aku tak sangka, haji mat boleh berfikiran sedemikan tentang tuan haji...air yang tenang jangan disangka tiada buaya....

membuatkan aku berfikir..betullah apa yang aku fikirkan selepas perjumpaan terakhir kami...bosan...

aku tak tahu sama ada dia hidup lagi atau dah mati....

tetapi setelah aku fikir semula...

"ada aku kisah....!!!!!"

Sunday, June 14, 2009

entahla...

kadang-kadang aku terfikir, kadang-kadang tidak, kadang-kadang bila aku menyelak jendela ataupun masuk ke bilik sendiri, aku teringatkan dia. namun aku buang jauh-jauh perasaan itu dengan cara aku fikir, dia sudahpun bahagia dengan hala tuju hidupnya yang baharu...dan kenapalah aku ingin mengingatinya kembali sedangkan aku telah buang perasaan itu jauh-jauh...

kehidupan ini sememangnya perlu diteruskan walau kecewa dan terluka..walau sebenarnya banyak dugaan yang perlu ditempuh..aku wajib meneruskan kehidupan aku ini walaupun banyak kenangan, tetapi sememangnya dah namanya ialah kenangan...semuanya hanya tinggal kenangan, walaupun aku sendiri masih terasa, tetapi tiada gunanya jika aku menoleh ke belakang, sepatutnya aku mula bergerak langkah ke hadapan...

aku ada sedikit design lagi yang belum aku siapkan...

semalam aku baru balik dari Kelantan, aku ke sana hari Jumaat, dan balik hari Sabtu, aku berdoa supaya aku tidak bertemu dengan dia sewaktu aku di sana, tetapi memanglah takkan jumpa, Kelantan tu kan luas, takkan aku jumpa dengan dia. Aku tidak bercadang untuk balik ke Kelantan buat waktu yang terdekat ini kerana aku tidak mahu, namun aku lagi tidak mahu membiarkan ayah aku pulang sendirian. Aku takut apa-apa terjadi kepada ayah aku. Bos aku tidak benarkan aku balik hari Khamis kerana ade meeting yang perlu aku sertai...aku pulan hari Jumaat.

Sehari di Kelantan, aku sempat membeli keropok dan beli batik untuk kawan-kawan aku. Rumah aruah nenek aku sudah dirobohkan. Tahun ini, aku tidak pasti di mana akan aku tinggal sedangkan kami tiada tempat tidur lagi..tidak suka susahkan saudara-mara. Sebab itulah aku mengambil keputusan untuk tidak akan balik kampung buat masa terdekat ini.

Sekarang ini aku tidak pasti untuk suka pada Kelantan atau tidak. Aku dilahirkan di sana tetapi tidak pernah tinggal lama, paling lama pun 2 minggu sahaja. Cukup lama. Kenapa aku dilahirkan di Kelantan, sehingga aku tidak suka orang Kelantan. Dan selepas apa yang berlaku kepada ku sebelum ini, membuatkan aku makinlah tidak suka orang Kelantan...

bersambung...hujan....

Tuesday, May 19, 2009

tiada tajuk....

"aku rasa ... aku tidak perlu tahu...jika aku tahu kebenarannya, makanya aku akan lagi terasa pedih dan sakit..kenapa nak sakitkan hati lagi? Sedangkan aku boleh memilih untuk tidak tahu dan sedangkan aku beberapa pilihan untuk langsung tidak tahu..."

"kan dah lama aku cakap pada kau...bilalah ko nak faham...apa yang membuatkan ko jadi faham ni?"

"selepas aku nampak dia online, lepas tu dia offline cepat2 bila dia tahu aku online...dan itulah benda yang membuatkan aku kesal dan sedih sangat2..."

"aku tahu...dia tahu kau ade di situ..dia cepat2 sembunyikan diri..."

"dan aku mengambil keputusan untuk tidak ambil tahu langsung. Itulah yang terbaik..jika aku tahu aku akan mula berfikir tentangnya dan aku akan kecewa sekali lagi...sedangkan dia tidak merasai kekecewaan ini, sedangkan dia tidak kisah..."

"aku dah lama bagitau ko tentang hal ini, kenapa ko tidak berfikir tentang ini dulu..."

"aku kebuntuan..aku sendiri hilang motivasi beberapa minggu ini...aku sendiri hilang konsep diri beberapa minggu ini...aku hilang semangat aku beberapa minggu ini...dan sebenarnya aku kene sabar dan redha dan bertawakal..."

"aku dah cuba bagitau ko sebelum2 ini kan..."

"aku suka konsep tuan haji...dia mengambil konsep, lupakan segala yang lepas-lepas..."

"dan ko pun kena lupakan segala yang lepas-lepas kan..."

"itulah sepatutnya yang aku perlu buat..tetapi aku ni kadang2 terasa terkenang2 dan kadang2 kesal, sedih, pahit...buntu..."

"perasaan itu takkan hilang...tetapi lama-lama ia akan hilang dan suatu hari nanti ko akan bebas dari perasaan yang sebegitu...aku yakin ianya akan hilang dan pada masa itu, kau sendiri tidak menyedari betapa cepatnya masa berlalu dan perasaan itu langsung tiada..."

"aku mengharapkannya..."

"cuma masa yang ada ni..gunalah dengan sebaik-sebaiknya..."

Thursday, May 14, 2009

mungkin ianya semakin hilang??

"aku rasa aku semakin melupakan dia dan aku rasa dia pun semakin melupakan aku..."

"tetapi itu yang terbaik kan? ke ko still mengharapkan dia?"

"harapan tu takde lah, cuma...aku pun tak tahu..."

"seperti-seperti yang ko katakan sebelum ni, inilah pengakhiran antara ko dengan dia, takkan ko still lagi tak menerima ketentuan yang telah ditetapkan..."

"aku kenal dia lama..aku kenal dia lepas aku putus dengan yang pertama...lepas tu aku jumpa dia dan aku memang tahu aku akan kenal dia lama, tetapi..."

"ko punya lama tu takde lah lama sangat pun...aku rasa kan..."

"apa yang ko rasa?"

"ko jangan sedih bila aku kata nih."

"ok..."

"aku rasa yang ko memang takde jodoh dengan dia, dan jodoh dia bukanlah dengan ko, cuma sebelum-sebelum ini dia memang akan selalu telefon dan mesage ko, mungkin dia senang berkawan dengan ko tetapi dia tidaklah mengharap perhubungan antara ko dengan dia sampai ke tahap itu, cuma beberapa bulan yang lepas, dia mula nak menunjukkan perasaan dia kepada ko, dan dia slow lah nak tunjukkan, mungkin pada masa itu, dia masih tertanya-tanya ataupun masih tidak pasti dengan hubungan itu...

dan bila masa dia hadapi masalah, dia akan hubungi ko sebab dia tahu ko boleh bantu dia...tetapi sebenarnya dia tiada jodoh dengan ko dan ko tidaklah perlu mengharapkan dia lagi...aku rasa, bukan...aku nak ko lupakan dia aje..ko akan jumpa orang lain, macam mana nak jumpa orang lain jika ko still harapkan dia or masih ingatkan dia...

dan dia pun mungkin berbahagia dengan orang yang baru, walaupun kadang2 ko tak sanggup nak berfikir yang dia mungkin message benda yang sama dia mesaage pada ko, tetapi itulah kenyataannya kan..itulah kenyataannya...dan benda2 ini dalam hidup kita kenalah terimanya dengan hati yang terbuka...

memang lah sukar...nak melupakan sesuatu yang indah..."

"entahlah...aku dapat rasakan...yang mungkin ianya semakin hilang..."

Tuesday, May 12, 2009

bila mau kawin?

"bila mau kawin?" tanya pakcik bangla kat stesen minyak yang aku kenal.
"hujung tahun ni.." kata aku.
"sudah ada calon ke? Orang mana?"
"ada. Orang Kelantan.."
"kerja apa, government ke swasta.."
"government..."
"baguslah..."

Ya Allah..maafkan aku wahai pakcik, aku tak pernah menipu orang yang aku kenal, terutama orang yang aku selalu isi minyak kereta aku itu. Maafkan aku pakcik, aku tak tahu nak point siapa2 dalam hal ini. Aku nak terangkan hal yang sebenarnya tetapi aku tak nak pula dia tahu masalah aku. Aku terpaksa menipu dia dalam hal ini...

Aku menipu dalam hal itu, padahal orang itu sebenarnya tidak wujud. Dia pernah wujud tetapi semakin lama semakin tidak wujud...dan aku pun menipu diri sendiri...

kesimpulannya, dia tidak akan pernah wujud lagi...

Monday, May 11, 2009

aku dah bosan ikut peraturan...

aku dah bosan ikut peraturan, aku terasa nak langgar peraturan, aku rasa bosan jadi manusia baik kat maahad nih...dan hari ini aku sengaja lambat ke perhimpunan, dan untuk menjadikannya lagi menarik, minggu lepas adalah minggu bertugas, dan aku bertugas minggu lepas..sepatutnya pagi ini aku perlu membentangkan makluman apa yang terjadi pada minggu lepas dan aku sengaja datang lambat ke perhimpunan...

aku bosan menjadi orang yang selalu mengikut peraturan.

aku bosan asyik-asyik aku yang selalu teraniaya di maahad ini..takkan semua benda2 yang berkaitan dengan meeting board dan sebagainya, asyik-asyik aku yang kena...

aku sengaja buat ini semua dengan tujuan..

1. aku nak tahu apa pandangan mereka terhadap aku jika aku melanggar peraturan itu. Selama ini aku sentiasa patuh dengan peraturan mereka. Apakah pandangan mereka terhadapku akan berubah? Aku ingin tahu itu..

2. Aku nak mereka tahu yang mereka tidak perlu lagi mangharapkan aku. Aku bosan bila aku terasa tension sendiri-sendiri dan aku bosan untuk mengeluh sendiri-sendiri, kenapa aku tidak boleh menjadi normal seperti orang-orang lain di sini. Aku lihat ustaz-ustaz kat sini bukanlah banyak keje sangat pun, jika ada kerja pun, kerja yang aku boleh buat dan aku pun boleh siap cepat...tetapi kerja-kerja mengajar tasmik tu memang lah aku tak leh buat, sebabnya aku tak hafal seperti diaorang...

3. aku sengaja nak tengok penilaian mereka terhadap aku, sepanjang aku bekerja di sini, entahlah..bosan pun ada..aku nak menghabiskan cuti aku dengan perkara-perkara yang aku suka..aku dah lama tidak melukis, skill aku semakin hilang, sehinggakan aku sendiri tidak pandai untuk mewarna pokok dan melukis pokok...aku tak nak ianya hilang...Ustaz Zuhaidi belikan makanan kerinting2 dari utara..sedap juga. aku amik satu jambu batu, favourite aku...

kenapa aku ni sebenarnya pagi2 lagi sudah mula menulis...

apa lah yang nak jadi pada aku nih..

sejak bila aku mengubah corak hidup aku nih...

kenapalah kadang2 aku terasa aku kehilangan kekuatan untuk bekerja...

kenapa aku tidak boleh menjadi normal walaupun sekejap...

apa sebenarnya yang terjadi kepada aku ini...

adakah aku memasang angan2 yang terlalu tinggi sehingga bila aku jatuh, sakitnya terasa amat pedih?

masalah aku ini takkan selesai jika aku sentiasa memikirkannya...

tetapi semalam aku terasa sangat lah bodohnya...mimpi aku yang amat bodoh...aku bermimpi benda yang entah apa2 kan seseorang tanya aku...bila nak kawin..terus aku teringatkan dia dan tersedar...gila betul...aku lihat jam..05.56 pagi...hampess betul...

Sunday, May 10, 2009

dan ini lah akhirnya...

aku sepatutnya dah dapat melupakan apa yang terjadi.aku sepatutnya dah memulakan hidup aku yang baru, sepertimana dia memulakan hidupnya yang baru. aku sepatutnya tidak perlu lagi memikirkan benda2 ini, sepertimana aku mengatakan yang aku sepatutnya tidak lagi menangis sebelum tidur memikirkan permasalahan ini.aku sepatutnya lebih tabah menghadapi dugaan sebegini kerana aku ada pengalama sebelum ini dan aku sepatutnya lebih tahu daripada orang lain...sabar, sabar, sabar...cakap sabar memang senang, bukannya ada yang nak beli sabar tu...kadang2 aku rasa tiada benda yang aku boleh buat pun selain meneruskan hidup aku walaupun aku fikir ada benda yang boleh aku buat selain berdiam diri sahaja.kenapa aku hendak membiarkan takdir merampas kebahagian aku sedangkan aku fikir yang aku boleh mengubah takdir hidup aku...kadang-kadang aku mengimpikan keputusan dia berbeza daripada yang sedia ada..

aku mengharapkan yang dia...

pertama :
berterus terang dengan keluarganya tentang aku dan membawa aku berjumpa dengan ibu dan bapanya dan aku sanggup berjumpa dengan keluarganya. Aku impikan dia akan berbuat demikian. Apa salahnya jika aku diberi peluang sekali lagi untuk berkenalan dengan keluarganya. Dan jika selepas itu keluarganya kata, aku tidak sesuai, maka aku akan terima dengan rasa yang paling terhormat.

kedua:
aku mengharapkan dia agar lebih berani dalam membuat keputusan hidup. aku berharap agar dia lebih mempertahankan aku dalam apa hal sekalipun.

ketiga:
aku mengharapkan dia untuk berterus terang dan sentiasa berbincang denganku apa jua masalah.

keempat:
aku mengharapkan agar aku dapat hidup dengan dia sampai bila-bila...

tetapi...sebenarnya...kebenarannya ialah...

dia tidak ada sebarang perasaan kepadaku..dia tidak kisah akan diriku..jika dia ada perasaan kepadaku yang kuat dan tebal. dia tidak akan membuat keputusan sendiri. dia tidak bersedia sebenarnya untuk mengajakku berjumpa dengan keluarganya, walaupun masa yang ada panjang dan peluang yang ada cukup dan berbaloi.

kerana dia tidak ada perasaan itu pada masa itu...

dia tidak mempertahankan aku sungguh-sungguh...

kerana dia tidak ada perasaan itu pada masa itu...

dia tidak berterus-terang dalam hal ini dengan aku dan mengambil masa yang lama untuk memberitahu...

kerana dia tidak ada perasaan itu pada masa itu...

dia tidak ada perasaan cinta dan sayang kepadaku. Dia sendiri tidak tahu bila atau dengan siapa dia akan berkahwin, dan bila masa aku masih sendiri, dia akan cari aku...dia pernah cakap yang dia akan berkahwin hujung tahun ini, dan semua tahu, bukan dengan aku...

sebenarnya dia sendiri tidak tahu...

tetapi perkara yang dia sendiri tidak tahu ialah;

pada masa yang sama, dia mempermainkan perasaan aku...
pada masa yang sama ialah, dia fikir dia tidak akan terasa apa2 bila berbual dengan aku..
pada masa yang sama, dia fikir dia banyak berhutang dengan aku...
pada masa yang sama, dia tidak sedar, yang dia sebenarnya telah menipu perasaannya sendiri...

aku sebenarnya terjerat dalam perasaan yang aku sudah lama aku berjaga-jaga. Tetapi kali ini aku sendiri tidak yakin samada aku hendak melepaskan atau tidak, dan aku sendiri tidak tahu bilakah perasaan itu akan datang 100% dalam diri aku...

aku sudah penat untuk memberikan hati aku kepada orang lain...siapa sahaja yang datang dalam hidup aku selepas ini akan aku terima. Dan aku juga yakin yang dia sendiri pun berjaga-jaga untuk tidak melukakan hati aku...

aku yakin jika aku maafkan kesalahan orang lain, hidup aku akan lebih tenang.

entahlah...

sebenarnya aku sendiri pun tidaklah layak untuk diri dia, dia layak bertemu dengan orang yang labih baik daripada aku...dia layak bertemu dengan orang yang sama baik dengan dia, aku ternyata aku bukanlah orangnya..banyak benda lagi yang aku perlu perbetulkan dalam diri aku. sedangkan aku dengan dia seperti langit dan bumi, jauh sungguh perbezaannya...

dan benda2 yang aku impikan itu, hanyalah tinggal impian semata-mata, aku pun tidak ada kekuatan untuk menjadikannya impian...

there's nothing i can do...
there's nothing i can do...
there's nothing i can do...
there's nothing i can do...
there's nothing i can do...

jarak aku dengan dia lebih kurang 300km...

dan aku rasa setakat ini lah perhubungan aku dengan dia...segala apa yang berlaku antara aku dengan dia hanyalah salah satu drama di pentas kehidupan semata-mata...

dan ini lah akhirnya...

aku nak dia tahu...

"kadang-kadang aku tahu yang dia macam baca je benda yang aku tulis nih..."

"baguslah dia tahu..."

"aku tak nak dia tahu..."

"mana ko tahu yang dia tahu nih..."

“entahlah ..aku pun tak tahu..”

“so ko fikir kalau benda yang ko tulis ni dia akan baca?”

“agaknya”

“tipulah…takkan tahunya lah…”

“kenapa ko cakap macam tu”

“sebab takda sapa yang tahu website nih”

“gila…”

“apa yang gila”

“aku yang gila…”

“sebenarnya apa yang fikir sekarang ni?”

“aku tak tahu apa yang aku fikirkan sekarang nih…kadang-kadang aku nampak matlamat hidup aku, kadang-kadang aku tidak nampak,aku selalu membayangkan aku akan jauh dari tempat aku sekarang ini, aku baring di padang rumput yang luas, aku memandang ke arah langit dan langit pun memandang ke arah aku, dan langit tanya aku…

Yat..apa yang ko nak dalam hidup ni?


Aku jawab…entahlah, langit…

Kenapa entah…

Aku nak aku bahagia.

Ko tak bahagia ke sekarang?

Aku rasa aku kurang bahagia,

Kenapa kurang? Allah tak cukup bagi kebahagian pada ko ke sekarang ni…

Entahlah…

Kalau ko manusia yang bersyukur. Kau akan bahagia, jelas sangat yang ko tak beryukur kepada Allah,apa lagi yang manusia mahukan, ko mempunyai tubuh badan yang sihat, kemahiran yang hebat, keluarga yang sentiasa membantu ko bila ko ada masalah..

Entahlah…

Nampak sangat ko tak bersyukur dalam hal ni, yat..”

“ko masih teringatkan dia ek…”


“aku sentiasa teringatkan dia…”

“ko wajib melupakan dia yat…”

“aku dah berusaha…”

“ko sengaja nak menyusahkan hidup ko dalam hal ini…ko sengaja nak menyakitkan hati ko dalam hal ini, ko sengaja nak memenuhi impian ko dalam hal ini..ko kene sedar yang dia dah bahagia, apa lagi yang tinggal pada ko…”

“aku pun bahagia..aku rasa…”

“tiada manusia yang rasa dia bahagia..ko pun berhak hidup bahagia kan . perjalanan hidup kita ni masih panjang kan…”

“aku dapat rasakan yang masalah ini tidak selesai..”

“apa lagi kepastian yang ko inginkan..”

“entahlah.. kak za bagitau aku yang dia amik masa sebulan untuk melupakan haji mat..”

“haji mat?”

“itu nama samaranla..kawan baik dia, ida namanya..”

“so apa kaitan dengan ko?”

“manalah tahu , aku amik masa sebulan untuk tahu situasi sebenar dari dia..”

“ni yang aku nak marah ko ni…ko paham tak…sekarang ni mamat tu dah tiada sebarang perasaan pada ko, yang ko nak rasa sebulan ke setahun ke, itu semua ko yang tentukan, kenapa ko masih tak nampak jalan penyelesaian dan kenapa ko masih tidak dapat menerima kenyataan? Segalanya sudah nampak depan mata yang dia bukanlah jodoh kau…kenapa ko susah sangat nak menerima ketentuan ini, ko kene lah percaya kepada takdir…”

“aku percaya kepada takdir…”

“aku dah penat lah nak menasihati ko..kalau aku katakan yang ko memang senang nak buat assignment yang paling susah, tetapi dalam soal2 hati macam ni, ko memang degillah…apa lah aku nak buat dengan ko ni ha…terpaksa aku pergi ke satu lagi blog ko…miharuyouth.wordpress.com tu kan..sekurang2nya aku nampak ko ada penyelesaian, dekat sini ko masih lagi degil memperjuangkan sesuatu benda yang langsung aku nampak tiada penghujungnya…”

“entahla..aku pun deadlock…”

Thursday, May 07, 2009

aku dah tekad....aku takkan menyesal...

"kadang-kadang ade je perasaan diam-diam dalam otak aku ni yang aku terasa menyesal dengan tindakan aku..menyesal ke ah...bodoh sungguh perasaan macam ni...."

"kan aku cakap pada ko jangan fikirkan lagi...ko memang tak nak dengar cakap aku.."

"aku dengar cumanya ada je benda-benda bodoh dalam otak aku nih, kata, ko pasti ke dengan benda yang ko buat, cuba ko ingat balik banyak benda yang ko buat dengan dia, ko tak menyesal ker...."

"gila lah ko nih...ko lah manusia paling gila pernah aku jumpa...apasal nak menyesal, benda-benda yang dah berlaku tu biarje lah...yang ko nak menyesal tu apasal..biar je lah dia kawin dengan kawan tu, ko tu pun bukannya baik sangat pun, entah-entah kawan tu 1000 lagi baik dari ko, 1000 lagi peramah, 1000 kali cantik...dan banyak2 lagi lah, mungkin ko tu pun tak padan langsung dengan dia...biar je lah, yang ko nak menyesal-menyesal ni apasal...cuba masuk sikit dalam otak ko apa yang aku kata nih..."

"apa dia..."

"come on lah...dengar lah cakap aku ni ek...ko kan dah tekad kan, so janganlah ada terfikirkan benda-benda sebegini, tak bagus lah untuk ko...cuba ko tengok wajah mak n ayah ko tu kan, mereka masih memerlukan ko. kalau ko takde sapa nak tanggung mereka, kalau ko semakkan otak ko dengan memikirkan benda-benda semacam ni ...mereka pun boleh nampak..ko jangan sekali-kali tunjukkan ko sedih atau ko terasa kecewa depan mak n ayah ko, ko tahu kan, mereka akan perasan dan tak pasal-pasal mereka akan sedih dengan sikap ko nih..."

"mmmmm"

"dah lah tuh, pening lah aku cakap dengan ko nih...cubalah ko faham sikit, dia tu pun tak menghargai ko kenapa ko masih nak ingat2 sama dia, lupakan aje..dia dah bahagia tu..tak payahlah nak buat2 ayat sedih kat ym tuh yang tak salah berkorban untuk orang yang ko sayang..apa tu, nampak sangat ko tu lembik"

"aku sebenarnya yakin sangat2 dengan ko ni, sepanjang ko hidup ni kan, banyak dah dugaan yang datang ..dugaan yang lebih berat dari ini..aku nampak ko ok je menghadapi semua itu, dugaan yang ko terima skang ni bukanlah berat sangat pun kan, aku tahu memang berat sebab ianya melibatkan hati dan perasaan tetapi janganlah amik kisah pasal benda2 itu lagi, yang sudah tu sudahlah...jauhkan lah perasaan menyesal tu...yang sepatutnya menyesal ialah dia, bukan ko..."

"aku tak nak ingat tapi tiba2 je bila aku tengok tengok tv, perasaan tu ada..."

"yang dah lepas tu lepaslah, biarlah dia...biarkan lah..biarkanlah...jangan dikenang lah semua2 tu, takde makna pun semua tu, benda yang dah jadi ni biarkan lah dia jadi...sekarang ni kenalah ko mula dengan hidup baru. mula balik apa yang ko impikan selama ini, kejar balik matlamat hidup ko tu, aku tahu ko seorang yang kuat, benda2 gini ko bukannya tak leh nak tolak kan, ko tu kuat, ko boleh buat apa sahaja dalam hidup ko...apa sahaja...apa aje benda yang ko tak leh buat..."

"aku tak leh nak lawan ustaz saleh..dia menjengkelkan aku..."

"tak payahlah hiraukan mamat tu, aku tahu ko banyak kali bergaduh dengan dia..."

"itulah pasal, aku tak tahu lah banyak2 manusia yang aku kenal, dia ni suka sangat nak bergaduh dengan aku, apa benda yang aku buat, bukan -bukan, semua benda yang dia buat suka sangat menyusahkan aku..ade ke patut hari tu kan, aku ni demam dan terasa sangat nak balik rumah n tido..n aku kata pada dia, ustaz saya nak balik sebab saya tak larat nak masuk meeting tu...dia boleh kata...alah..yati bukannya duk apa pun, duduk je dalam meeting tu, catatlah apa yang patut..dia boleh kata begitu, aku punya temperature daripada 100 jadi 3000 tau...n then ko nak tahu tak apa jadi lepas tuh.."

"apa jadi..."

"keesokan harinya dia demam...dan bukan sehari, 3 hari, dan aku happy giler pergi keje...tulah balasan untuk orang yang menganiaya aku...aku ni selalu lah kene aniaya kat tempat keje tuh, dah lah kawan tu dah memberikan masalah hati pada aku, tempat kerja pun aku kene juga ker...aku dah tak tahu nak bernafas dengan riang dan gembira dah..."

"itu lah aku cakap dengan ko...lupakan aje benda2 yang jadi tu..."

"aku rasa esok mesti dia akan buat meeting pasal form 3 lah...aku ada instict jer.."

"dan selalunya instict ko tu betul kan..."

"entahlah...aku pun tak tahu..."

"dengar cakap aku ok..."

"baik ko lupakan aje benda2 yang menganggu diri ko tu...janganlah sebab dia ko tu nampak lagi tua dari usia sebenar ko...aku tahu ko sayangkan dia tetapi kadang2 bila manusia ni tak menghargai kita, dia tidak akan menghargai kita, tapi dia pun manusia kan, dia pun buat salah, kita doakan aje sama2 kan...ko janganlah nak bandingkan diri ko dengan pilihan mak dia tu sebab ko takkan sama dengan pilihan mak dia tu, mak dia pun tak tahu betapa bagusnya ko..kita pun jangan salahkan makcik tu, dia pun mungkin tak tahu yang anak dia tu ada ko..makcik tu buat seperti mana mak2 di dunia ini, mestilah nak cari yang terbaik untuk anak dia...ko pun kene lah terima kenyataan, takkan nak biarkan dia masuk neraka semata2 nak lawan cakap mak dia, antara mak dengan kekasih, memang lah dia akan pilih mak dia, ko tu sapa. bukannya duduk dengan dia sejak dia lahir ke apa, mak dia yang besarkan dia, memang betul la mak dia ada hak untuk dia, tak payahlah ko fikir2kan yang ko akan menyesal ke tak..ko tak payahlah berkorban untuk dia, ko berkorban untuk mak dia..biarlah mak dia happy. apa salahnya kan, biarlah mak dia tak kenal ko pun, aku tahu mak dia pun tak tahu ko tu wujud ke tak? ko ingat mak dia nak berterima kasih ker..tak nya, cuma Allah tahu..Allah tahu..cukup lah tuh.."

"ko jangan lah menyesal ok..."

kecewa lagi....

"lamanya tak jumpa ko ni"

"lama gila kan..."

"ko lah sibuk memanjang, bila ada masalah barulah ko datang kat aku kan?"

"mana ko tahu?"

"biasalah ko tu, kecewa lagi? ko ni memang suka mengecewakan diri sendiri kan.. aku tumpang simpati je lah kat ko.."

"aku pun pelik apa yang terjadi pada aku ni. Apasal aku ni bernasib malang jer. Kalau aku tak fikirkan benda-benda ni kan bagus..."

"aku sebenarnya tau, dah dapat melupakan perasaan bodoh ni tetapi kenapa semalam aku mimpikan dia, semuanya nampak real dan dia benar2 berada dekat dengan aku, dan dia kata dia nak kawin tahun 2020..gile betul mimpi ni..setiap saat nampak real...sampai aku tersedar bila aku dengar azan subuh...bodoh lah mimpi aku tuh, bodoh betul lah...sampai aku tersedar tuh...kalau biasanya layan je lah mimpi sampai pagi..."

"ko tak solat subuh ek.."

"aku cuti..he he he.."

"ooooooo...."

"tapi aku bangun sebab perut aku sakit.."

"nampaklah ko terbangun bukan sebab mimpi tu, sebab perut ko sakit..."

"itulah pasal, bodoh kan aku ada terasa benda2 gitu kan..."

"dan pagi ni, aku nampak dia online, walaupun sekejap, aku tahu dia ada di situ..tetapi aku ni sibuk sangat nak tahu dia online ke tak apa kes kan..bukannya boleh wat apa-apa pun..."

"ko masih teringatkan dia lagi ker? ataupun ko masih lagi fikirkan yang dia akan kembali pada kau?"

"aku ada terfikirkan hal itu semasa aku memasak tadi, dan aku sejak beberapa hari yang lepas pun aku ada terfikirkan hal itu.."

"aku rasa kan..ko dah gila.."

"kenapa..."

"come on lah, ni dunia realiti lah bukan seperti dalam citer2 melayu dalam tv di mana orang tu akan datang kembali pada ko...tak payahlah sesakkan minda ko memikirkan benda2 itu...dia takkan kembali dan takkan datang kepada ko semula.."

"kenapa?"

"dia akan ada kehidupan dia sendiri kan. aku rasa baik lah ko terima kenyataan itu, walaupun perit dan pedih tetapi itulah kenyataannya,ko wajib lah terima semua ketentuan ini kan..."

"kenapa?"

"aku rasa kan, dia pun tiada perasaan pada ko, mungkin ko bagi dia sekadar nak membantu dia dalam kerja-kerja dia sahaja..ingat tak mesage dia dalam tu, yang dia banyak hutang dengan ko.."

"aku tak faham.."

"aku rasa dia cuma akan menerima ko bila tiada sesiapa dalam hidup dia, bila tiada yang terima dia dan itu pun sebab ko banyak tolong dia..."

"sebab aku banyak bantu dia, so ko fikir dia nak bayar balik semua tu..."

"dia takleh nak bayar guna duit makanya, dia pun terfikir nak kawin dengan ko lah..sebab dia banyak hutang dengan ko..."

"aku tak pernah terfikir begitu.."

"tetapi dalam message dia macam tu kan...dan kenapa lepas 2 minggu dia bagitau ko? kenapa dia tak berbincang dengan ko dulu pasal hal ini, jika dia betul-betul nakkan ko? "

"aku tak tahu..."

"sebab dia fikir tak perlu, dia fikir dia boleh buat keputusan sendiri...dia fikir dia boleh bagitau ko, sebab dia boleh..if tak dia mesti gelabah kan, ada ke dia gelabah..ade ke..ade ke...dan tadi ko nampak dia online, kenapa dia online? sebab apa? sebab dia dah tak rasa masalah dia wujud lagi, sebab dia fikir ko dah lepaskan semua, so dia pun tak risau lagi..dia pun dah happy..ko ingat dia akan selamanya sedih ke sebab kehilangan ko, jangan haraplah, dia lelaki lah..walaupun dia golongan itu tetapi dia lelaki, aku rasa dia dah tak kisahkan ko lagi.."

"aku tak tahu..."

"dengarlah kata2 aku nih...dia dah lepaskan ko..sebelum ko lepaskan dia lagi dia dah lepaskan ko...dan dia tak rugi satu sen pun, dia boleh je kawin dengan perempuan tu kan...dia tak akan rugi apa2..dia tak rasa sebab ko yang kene, bukan dia, biarlah dia, ko nak sedih2 ke untuk orang sebegini?"

"aku tak tahu...aku pun ade terfikir sebegitu..."

"aku rasa baiklah ko lupakan sahaja apa yang berlaku antara ko dengan dia..dan aku rasa dia tak fikirkan ko dah, dia happy je atas apa yang berlaku, mungkin dia pun sedang planning nak kawin dengan kawan tuh, "

"ko tahu tak? dia akan boleh je hidup dengan kawan tu, ko ingat dia tak boleh ker..perempuan tu pun boleh je hidup dengan dia ,ko ingat dia tak boleh ker? lama2 mereka berdua akan hidup bersama, dan ko still lagi nak fikir samada dia akan menyesal ke tidak...dia tidak akan menyesal dengan keputusan dia, langsung tidak..langsung tidak..."

"ko ingat dia kisahkan ko ker...langsung tidak..bila dia dapat tahu ko pun ok , dapat lepaskan perasaan ko pada dia, dia pun akan mengambil peluang itu untuk melupakankan kau sebab ko pun dah lupakan dia kan..."

"jangan lah jadi bodoh dalam hal ini..tolonglah ko jangan jadi bodoh dengan fikir dia akan kembali pada ko. datang rumah ko dan apa2 je lah...dan dia takdelah sebodoh itu untuk datang balik pada ko.."

"bila ko kata dia online tu kan, secara kebetulan je tuh, kalau ko perasan, hubungan ko dengan dia banyak kebetulan je, kebetulan yang banyak-banyak kali..bukan satu malah banyak-banyak kali, dan salah lah ko jika ko fikirkan kebetulan tu adalah salah satu cara jodoh ko terjadi, sebab aku tak percaya yang kebetulah ni akan membawa kepada jodoh.."

"yang aku dengar dalam radio tu kan,penceramah tu cakap yang jodoh ko tu tak jauh lah..dekat2 dengan ko jer. dia tu dahlah jauh, satu ciri dah hilang..dan ko mesti berusaha, ko dah usaha..ko kene tawakal..dan aku rasa ko memang takde jodoh langsung dengan dia, cuma ko tu je yang perasan.."

"dan dia pun takde perasaan pada ko..langsung tiada..."

"janganlah ko fikirkan lagi, mimpi tu pun bukannya betul pun, mainan tidur jer..boleh percaya ker..then tetiba dia online, entah2 dia pun dah happy, saje nak tengok ada tak kawan2 yg online..saje nak tahu ..sebab kalau dia sedih. ade ke dia nak online? nak buka komputer pun tak sanggup..apatah lagi nak online..."

"sudahlah hidup dalam khayalan..bangunlah, dah lama ko tido dan mimpi, sekarang ni untuk ko bangun dan terimalah kenyataan hidup ini..."

"dan aku pun tak tahu kenapa ko ni baik sangat, dan sapa2 je yang ko kenal, ko kenal...kenapa ko yang selalu jadi mangsa, bos ko pun, dia pun jadikan ko mangsa...macam mana tak naik lemak semua orang...dan ko tu asyik mengalah je. kalau aku awal2 lagi aku tak nak tolong..."

"aku tak suka tengok orang tak tahu dan aku tahu, dan aku tak leh nak tolong...aku akan tolong walau macam mana sekalipun, salah ke kalau aku ada perangai seperti itu..."

"ko lupakan lah dia...tak berbaloi untuk ko ingat orang yang langsung tak ingatkan ko...if dia betul2 sayangkan ko, mula2 lagi dia akan pertahankan ko, tetapi dia tak buat begitu kan...so ko fikir2 kan sendiri...."