Sunday, May 10, 2009

dan ini lah akhirnya...

aku sepatutnya dah dapat melupakan apa yang terjadi.aku sepatutnya dah memulakan hidup aku yang baru, sepertimana dia memulakan hidupnya yang baru. aku sepatutnya tidak perlu lagi memikirkan benda2 ini, sepertimana aku mengatakan yang aku sepatutnya tidak lagi menangis sebelum tidur memikirkan permasalahan ini.aku sepatutnya lebih tabah menghadapi dugaan sebegini kerana aku ada pengalama sebelum ini dan aku sepatutnya lebih tahu daripada orang lain...sabar, sabar, sabar...cakap sabar memang senang, bukannya ada yang nak beli sabar tu...kadang2 aku rasa tiada benda yang aku boleh buat pun selain meneruskan hidup aku walaupun aku fikir ada benda yang boleh aku buat selain berdiam diri sahaja.kenapa aku hendak membiarkan takdir merampas kebahagian aku sedangkan aku fikir yang aku boleh mengubah takdir hidup aku...kadang-kadang aku mengimpikan keputusan dia berbeza daripada yang sedia ada..

aku mengharapkan yang dia...

pertama :
berterus terang dengan keluarganya tentang aku dan membawa aku berjumpa dengan ibu dan bapanya dan aku sanggup berjumpa dengan keluarganya. Aku impikan dia akan berbuat demikian. Apa salahnya jika aku diberi peluang sekali lagi untuk berkenalan dengan keluarganya. Dan jika selepas itu keluarganya kata, aku tidak sesuai, maka aku akan terima dengan rasa yang paling terhormat.

kedua:
aku mengharapkan dia agar lebih berani dalam membuat keputusan hidup. aku berharap agar dia lebih mempertahankan aku dalam apa hal sekalipun.

ketiga:
aku mengharapkan dia untuk berterus terang dan sentiasa berbincang denganku apa jua masalah.

keempat:
aku mengharapkan agar aku dapat hidup dengan dia sampai bila-bila...

tetapi...sebenarnya...kebenarannya ialah...

dia tidak ada sebarang perasaan kepadaku..dia tidak kisah akan diriku..jika dia ada perasaan kepadaku yang kuat dan tebal. dia tidak akan membuat keputusan sendiri. dia tidak bersedia sebenarnya untuk mengajakku berjumpa dengan keluarganya, walaupun masa yang ada panjang dan peluang yang ada cukup dan berbaloi.

kerana dia tidak ada perasaan itu pada masa itu...

dia tidak mempertahankan aku sungguh-sungguh...

kerana dia tidak ada perasaan itu pada masa itu...

dia tidak berterus-terang dalam hal ini dengan aku dan mengambil masa yang lama untuk memberitahu...

kerana dia tidak ada perasaan itu pada masa itu...

dia tidak ada perasaan cinta dan sayang kepadaku. Dia sendiri tidak tahu bila atau dengan siapa dia akan berkahwin, dan bila masa aku masih sendiri, dia akan cari aku...dia pernah cakap yang dia akan berkahwin hujung tahun ini, dan semua tahu, bukan dengan aku...

sebenarnya dia sendiri tidak tahu...

tetapi perkara yang dia sendiri tidak tahu ialah;

pada masa yang sama, dia mempermainkan perasaan aku...
pada masa yang sama ialah, dia fikir dia tidak akan terasa apa2 bila berbual dengan aku..
pada masa yang sama, dia fikir dia banyak berhutang dengan aku...
pada masa yang sama, dia tidak sedar, yang dia sebenarnya telah menipu perasaannya sendiri...

aku sebenarnya terjerat dalam perasaan yang aku sudah lama aku berjaga-jaga. Tetapi kali ini aku sendiri tidak yakin samada aku hendak melepaskan atau tidak, dan aku sendiri tidak tahu bilakah perasaan itu akan datang 100% dalam diri aku...

aku sudah penat untuk memberikan hati aku kepada orang lain...siapa sahaja yang datang dalam hidup aku selepas ini akan aku terima. Dan aku juga yakin yang dia sendiri pun berjaga-jaga untuk tidak melukakan hati aku...

aku yakin jika aku maafkan kesalahan orang lain, hidup aku akan lebih tenang.

entahlah...

sebenarnya aku sendiri pun tidaklah layak untuk diri dia, dia layak bertemu dengan orang yang labih baik daripada aku...dia layak bertemu dengan orang yang sama baik dengan dia, aku ternyata aku bukanlah orangnya..banyak benda lagi yang aku perlu perbetulkan dalam diri aku. sedangkan aku dengan dia seperti langit dan bumi, jauh sungguh perbezaannya...

dan benda2 yang aku impikan itu, hanyalah tinggal impian semata-mata, aku pun tidak ada kekuatan untuk menjadikannya impian...

there's nothing i can do...
there's nothing i can do...
there's nothing i can do...
there's nothing i can do...
there's nothing i can do...

jarak aku dengan dia lebih kurang 300km...

dan aku rasa setakat ini lah perhubungan aku dengan dia...segala apa yang berlaku antara aku dengan dia hanyalah salah satu drama di pentas kehidupan semata-mata...

dan ini lah akhirnya...

No comments: