bercerita tentang kehidupan, membuatkan aku terasa entahlah, pelik kan, semakin banyak yang ku cari dalam hidup ini semakin sesat aku jadinya. Mengeluh, aku sendiri pun malas nak mengeluh, apatahlah lagi nak memikirkan yang hidup aku jadi kelam kabut. Memang kelam kabut jadinya, so..apa yang aku minta sekarang ini? hidup yang normal? sama? sesetengah orang mungkin ada beberapa impian tetapi aku ada banyak impian, sebabnya impian aku masih tidak termakbul sebagaimana impian orang lain yang sudah lama termakbul...
aku rasa aku seperti manusia yang menunggu di bawah pokok berhampiran dengan jambatan ke seberang. kebanyakan orang sudah melalui jambatan itu dan menuju ke arah itu tetapi aku masih lagi menunggu dengan siapa patut aku menyeberang jambatan itu...dan aku masih lagi duduk di bawah pokok itu sambil menunggu kehadiran orang itu..ramai yang menunggu dengan aku. ada yang masih menunggu dan ada yang sudah bertemu dengan orang yang ditunggu-tunggu. dan aku gelisah menunggu, tunggu dan tunggu, tetapi jika aku bijak, aku tidak akan tunggu semata-mata tunggu, dalam masa aku menunggu aku akan buat apa sahaja, tetapi pada masa yang sama aku akan tunggu dan tunggu. atau patutkah aku pergi ke arah lain dan menunggu di tempat yang lain. bagaimana yer...
patutkah aku pergi ke pokok lain untuk menunggu? atau ke pokok yang lain untuk menunggu? ataupun tunggu sahaja di tempat ini untuk menunggu? macam mana yer...
memang betul la kata orang, penungguan itu satu penyeksaan. Ada ke manusia yang aku tunggu tu? wujud ke dalam dunia yang nyata nih ataupun mungkin bukan dunia ini, mungkin akhirat nanti? tetapi kuatkah aku dalam menghadapi ujian dan rintangan ini...
No comments:
Post a Comment