Thursday, May 07, 2009

aku dah tekad....aku takkan menyesal...

"kadang-kadang ade je perasaan diam-diam dalam otak aku ni yang aku terasa menyesal dengan tindakan aku..menyesal ke ah...bodoh sungguh perasaan macam ni...."

"kan aku cakap pada ko jangan fikirkan lagi...ko memang tak nak dengar cakap aku.."

"aku dengar cumanya ada je benda-benda bodoh dalam otak aku nih, kata, ko pasti ke dengan benda yang ko buat, cuba ko ingat balik banyak benda yang ko buat dengan dia, ko tak menyesal ker...."

"gila lah ko nih...ko lah manusia paling gila pernah aku jumpa...apasal nak menyesal, benda-benda yang dah berlaku tu biarje lah...yang ko nak menyesal tu apasal..biar je lah dia kawin dengan kawan tu, ko tu pun bukannya baik sangat pun, entah-entah kawan tu 1000 lagi baik dari ko, 1000 lagi peramah, 1000 kali cantik...dan banyak2 lagi lah, mungkin ko tu pun tak padan langsung dengan dia...biar je lah, yang ko nak menyesal-menyesal ni apasal...cuba masuk sikit dalam otak ko apa yang aku kata nih..."

"apa dia..."

"come on lah...dengar lah cakap aku ni ek...ko kan dah tekad kan, so janganlah ada terfikirkan benda-benda sebegini, tak bagus lah untuk ko...cuba ko tengok wajah mak n ayah ko tu kan, mereka masih memerlukan ko. kalau ko takde sapa nak tanggung mereka, kalau ko semakkan otak ko dengan memikirkan benda-benda semacam ni ...mereka pun boleh nampak..ko jangan sekali-kali tunjukkan ko sedih atau ko terasa kecewa depan mak n ayah ko, ko tahu kan, mereka akan perasan dan tak pasal-pasal mereka akan sedih dengan sikap ko nih..."

"mmmmm"

"dah lah tuh, pening lah aku cakap dengan ko nih...cubalah ko faham sikit, dia tu pun tak menghargai ko kenapa ko masih nak ingat2 sama dia, lupakan aje..dia dah bahagia tu..tak payahlah nak buat2 ayat sedih kat ym tuh yang tak salah berkorban untuk orang yang ko sayang..apa tu, nampak sangat ko tu lembik"

"aku sebenarnya yakin sangat2 dengan ko ni, sepanjang ko hidup ni kan, banyak dah dugaan yang datang ..dugaan yang lebih berat dari ini..aku nampak ko ok je menghadapi semua itu, dugaan yang ko terima skang ni bukanlah berat sangat pun kan, aku tahu memang berat sebab ianya melibatkan hati dan perasaan tetapi janganlah amik kisah pasal benda2 itu lagi, yang sudah tu sudahlah...jauhkan lah perasaan menyesal tu...yang sepatutnya menyesal ialah dia, bukan ko..."

"aku tak nak ingat tapi tiba2 je bila aku tengok tengok tv, perasaan tu ada..."

"yang dah lepas tu lepaslah, biarlah dia...biarkan lah..biarkanlah...jangan dikenang lah semua2 tu, takde makna pun semua tu, benda yang dah jadi ni biarkan lah dia jadi...sekarang ni kenalah ko mula dengan hidup baru. mula balik apa yang ko impikan selama ini, kejar balik matlamat hidup ko tu, aku tahu ko seorang yang kuat, benda2 gini ko bukannya tak leh nak tolak kan, ko tu kuat, ko boleh buat apa sahaja dalam hidup ko...apa sahaja...apa aje benda yang ko tak leh buat..."

"aku tak leh nak lawan ustaz saleh..dia menjengkelkan aku..."

"tak payahlah hiraukan mamat tu, aku tahu ko banyak kali bergaduh dengan dia..."

"itulah pasal, aku tak tahu lah banyak2 manusia yang aku kenal, dia ni suka sangat nak bergaduh dengan aku, apa benda yang aku buat, bukan -bukan, semua benda yang dia buat suka sangat menyusahkan aku..ade ke patut hari tu kan, aku ni demam dan terasa sangat nak balik rumah n tido..n aku kata pada dia, ustaz saya nak balik sebab saya tak larat nak masuk meeting tu...dia boleh kata...alah..yati bukannya duk apa pun, duduk je dalam meeting tu, catatlah apa yang patut..dia boleh kata begitu, aku punya temperature daripada 100 jadi 3000 tau...n then ko nak tahu tak apa jadi lepas tuh.."

"apa jadi..."

"keesokan harinya dia demam...dan bukan sehari, 3 hari, dan aku happy giler pergi keje...tulah balasan untuk orang yang menganiaya aku...aku ni selalu lah kene aniaya kat tempat keje tuh, dah lah kawan tu dah memberikan masalah hati pada aku, tempat kerja pun aku kene juga ker...aku dah tak tahu nak bernafas dengan riang dan gembira dah..."

"itu lah aku cakap dengan ko...lupakan aje benda2 yang jadi tu..."

"aku rasa esok mesti dia akan buat meeting pasal form 3 lah...aku ada instict jer.."

"dan selalunya instict ko tu betul kan..."

"entahlah...aku pun tak tahu..."

"dengar cakap aku ok..."

"baik ko lupakan aje benda2 yang menganggu diri ko tu...janganlah sebab dia ko tu nampak lagi tua dari usia sebenar ko...aku tahu ko sayangkan dia tetapi kadang2 bila manusia ni tak menghargai kita, dia tidak akan menghargai kita, tapi dia pun manusia kan, dia pun buat salah, kita doakan aje sama2 kan...ko janganlah nak bandingkan diri ko dengan pilihan mak dia tu sebab ko takkan sama dengan pilihan mak dia tu, mak dia pun tak tahu betapa bagusnya ko..kita pun jangan salahkan makcik tu, dia pun mungkin tak tahu yang anak dia tu ada ko..makcik tu buat seperti mana mak2 di dunia ini, mestilah nak cari yang terbaik untuk anak dia...ko pun kene lah terima kenyataan, takkan nak biarkan dia masuk neraka semata2 nak lawan cakap mak dia, antara mak dengan kekasih, memang lah dia akan pilih mak dia, ko tu sapa. bukannya duduk dengan dia sejak dia lahir ke apa, mak dia yang besarkan dia, memang betul la mak dia ada hak untuk dia, tak payahlah ko fikir2kan yang ko akan menyesal ke tak..ko tak payahlah berkorban untuk dia, ko berkorban untuk mak dia..biarlah mak dia happy. apa salahnya kan, biarlah mak dia tak kenal ko pun, aku tahu mak dia pun tak tahu ko tu wujud ke tak? ko ingat mak dia nak berterima kasih ker..tak nya, cuma Allah tahu..Allah tahu..cukup lah tuh.."

"ko jangan lah menyesal ok..."

No comments: