"lamanya tak jumpa ko ni"
"lama gila kan..."
"ko lah sibuk memanjang, bila ada masalah barulah ko datang kat aku kan?"
"mana ko tahu?"
"biasalah ko tu, kecewa lagi? ko ni memang suka mengecewakan diri sendiri kan.. aku tumpang simpati je lah kat ko.."
"aku pun pelik apa yang terjadi pada aku ni. Apasal aku ni bernasib malang jer. Kalau aku tak fikirkan benda-benda ni kan bagus..."
"aku sebenarnya tau, dah dapat melupakan perasaan bodoh ni tetapi kenapa semalam aku mimpikan dia, semuanya nampak real dan dia benar2 berada dekat dengan aku, dan dia kata dia nak kawin tahun 2020..gile betul mimpi ni..setiap saat nampak real...sampai aku tersedar bila aku dengar azan subuh...bodoh lah mimpi aku tuh, bodoh betul lah...sampai aku tersedar tuh...kalau biasanya layan je lah mimpi sampai pagi..."
"ko tak solat subuh ek.."
"aku cuti..he he he.."
"ooooooo...."
"tapi aku bangun sebab perut aku sakit.."
"nampaklah ko terbangun bukan sebab mimpi tu, sebab perut ko sakit..."
"itulah pasal, bodoh kan aku ada terasa benda2 gitu kan..."
"dan pagi ni, aku nampak dia online, walaupun sekejap, aku tahu dia ada di situ..tetapi aku ni sibuk sangat nak tahu dia online ke tak apa kes kan..bukannya boleh wat apa-apa pun..."
"ko masih teringatkan dia lagi ker? ataupun ko masih lagi fikirkan yang dia akan kembali pada kau?"
"aku ada terfikirkan hal itu semasa aku memasak tadi, dan aku sejak beberapa hari yang lepas pun aku ada terfikirkan hal itu.."
"aku rasa kan..ko dah gila.."
"kenapa..."
"come on lah, ni dunia realiti lah bukan seperti dalam citer2 melayu dalam tv di mana orang tu akan datang kembali pada ko...tak payahlah sesakkan minda ko memikirkan benda2 itu...dia takkan kembali dan takkan datang kepada ko semula.."
"kenapa?"
"dia akan ada kehidupan dia sendiri kan. aku rasa baik lah ko terima kenyataan itu, walaupun perit dan pedih tetapi itulah kenyataannya,ko wajib lah terima semua ketentuan ini kan..."
"kenapa?"
"aku rasa kan, dia pun tiada perasaan pada ko, mungkin ko bagi dia sekadar nak membantu dia dalam kerja-kerja dia sahaja..ingat tak mesage dia dalam tu, yang dia banyak hutang dengan ko.."
"aku tak faham.."
"aku rasa dia cuma akan menerima ko bila tiada sesiapa dalam hidup dia, bila tiada yang terima dia dan itu pun sebab ko banyak tolong dia..."
"sebab aku banyak bantu dia, so ko fikir dia nak bayar balik semua tu..."
"dia takleh nak bayar guna duit makanya, dia pun terfikir nak kawin dengan ko lah..sebab dia banyak hutang dengan ko..."
"aku tak pernah terfikir begitu.."
"tetapi dalam message dia macam tu kan...dan kenapa lepas 2 minggu dia bagitau ko? kenapa dia tak berbincang dengan ko dulu pasal hal ini, jika dia betul-betul nakkan ko? "
"aku tak tahu..."
"sebab dia fikir tak perlu, dia fikir dia boleh buat keputusan sendiri...dia fikir dia boleh bagitau ko, sebab dia boleh..if tak dia mesti gelabah kan, ada ke dia gelabah..ade ke..ade ke...dan tadi ko nampak dia online, kenapa dia online? sebab apa? sebab dia dah tak rasa masalah dia wujud lagi, sebab dia fikir ko dah lepaskan semua, so dia pun tak risau lagi..dia pun dah happy..ko ingat dia akan selamanya sedih ke sebab kehilangan ko, jangan haraplah, dia lelaki lah..walaupun dia golongan itu tetapi dia lelaki, aku rasa dia dah tak kisahkan ko lagi.."
"aku tak tahu..."
"dengarlah kata2 aku nih...dia dah lepaskan ko..sebelum ko lepaskan dia lagi dia dah lepaskan ko...dan dia tak rugi satu sen pun, dia boleh je kawin dengan perempuan tu kan...dia tak akan rugi apa2..dia tak rasa sebab ko yang kene, bukan dia, biarlah dia, ko nak sedih2 ke untuk orang sebegini?"
"aku tak tahu...aku pun ade terfikir sebegitu..."
"aku rasa baiklah ko lupakan sahaja apa yang berlaku antara ko dengan dia..dan aku rasa dia tak fikirkan ko dah, dia happy je atas apa yang berlaku, mungkin dia pun sedang planning nak kawin dengan kawan tuh, "
"ko tahu tak? dia akan boleh je hidup dengan kawan tu, ko ingat dia tak boleh ker..perempuan tu pun boleh je hidup dengan dia ,ko ingat dia tak boleh ker? lama2 mereka berdua akan hidup bersama, dan ko still lagi nak fikir samada dia akan menyesal ke tidak...dia tidak akan menyesal dengan keputusan dia, langsung tidak..langsung tidak..."
"ko ingat dia kisahkan ko ker...langsung tidak..bila dia dapat tahu ko pun ok , dapat lepaskan perasaan ko pada dia, dia pun akan mengambil peluang itu untuk melupakankan kau sebab ko pun dah lupakan dia kan..."
"jangan lah jadi bodoh dalam hal ini..tolonglah ko jangan jadi bodoh dengan fikir dia akan kembali pada ko. datang rumah ko dan apa2 je lah...dan dia takdelah sebodoh itu untuk datang balik pada ko.."
"bila ko kata dia online tu kan, secara kebetulan je tuh, kalau ko perasan, hubungan ko dengan dia banyak kebetulan je, kebetulan yang banyak-banyak kali..bukan satu malah banyak-banyak kali, dan salah lah ko jika ko fikirkan kebetulan tu adalah salah satu cara jodoh ko terjadi, sebab aku tak percaya yang kebetulah ni akan membawa kepada jodoh.."
"yang aku dengar dalam radio tu kan,penceramah tu cakap yang jodoh ko tu tak jauh lah..dekat2 dengan ko jer. dia tu dahlah jauh, satu ciri dah hilang..dan ko mesti berusaha, ko dah usaha..ko kene tawakal..dan aku rasa ko memang takde jodoh langsung dengan dia, cuma ko tu je yang perasan.."
"dan dia pun takde perasaan pada ko..langsung tiada..."
"janganlah ko fikirkan lagi, mimpi tu pun bukannya betul pun, mainan tidur jer..boleh percaya ker..then tetiba dia online, entah2 dia pun dah happy, saje nak tengok ada tak kawan2 yg online..saje nak tahu ..sebab kalau dia sedih. ade ke dia nak online? nak buka komputer pun tak sanggup..apatah lagi nak online..."
"sudahlah hidup dalam khayalan..bangunlah, dah lama ko tido dan mimpi, sekarang ni untuk ko bangun dan terimalah kenyataan hidup ini..."
"dan aku pun tak tahu kenapa ko ni baik sangat, dan sapa2 je yang ko kenal, ko kenal...kenapa ko yang selalu jadi mangsa, bos ko pun, dia pun jadikan ko mangsa...macam mana tak naik lemak semua orang...dan ko tu asyik mengalah je. kalau aku awal2 lagi aku tak nak tolong..."
"aku tak suka tengok orang tak tahu dan aku tahu, dan aku tak leh nak tolong...aku akan tolong walau macam mana sekalipun, salah ke kalau aku ada perangai seperti itu..."
"ko lupakan lah dia...tak berbaloi untuk ko ingat orang yang langsung tak ingatkan ko...if dia betul2 sayangkan ko, mula2 lagi dia akan pertahankan ko, tetapi dia tak buat begitu kan...so ko fikir2 kan sendiri...."
No comments:
Post a Comment