Sunday, July 26, 2009

ada aku kisah...III

hidup ni perlu diteruskan, walaupun tak seindah yang kita ciptakan, cumanya bila terjadinya kejadian sedemikian, membuatkan aku lebih tertumpu kepada perkara-perkara dasar seperti apa fungsi aku kepada kehidupan aku, jika aku menginginkan kehidupan di dunia ini, makanya ianya memang tidak akan kekal...cuma aku rasa sekarang ini yang aku tidak sabar untuk bertemu kembali dengan ramadhan, mungkin ramadhan adalah yang paling bermakna, seperti aku ingat ramadhan tahun 2005,2006,2007...tetapi aku lupa ramashan aku tahun 2009 dan cuma aku masih ingat solat sunat aidilfitri ku pada 1 Syawal 2005 dan seterusnya, aku berdoa tentang seseorang, dan aku rasa doa itu tidak akan dimakbulkan, mungkin sebab ianya tak sepatutnya dimakbulkan, siapalah aku untuk tahu apa yang bakal terjadi, dan aku ternyata memang tidak tahu, cuma ...hidup ini sememangnya perlu diteruskan, cuma aku kecewa dengan lambat, aku sepatutnya kecewa lebih awal dari ni, supaya aku dapat mengubat dengan lebih awal. yang mana seperti aku terbaca dalam majalah tadi, kegembiraan itu sekejap dan kekecewaan itu akan berlaku dalam sekelip mata sahaja. jika tadi kita baru gembira, seminit kemudian sudah ada berita yang tidak menggembirakan, dah hidup ini begitulah, aku sebenarnya perlu redha sahaja dalam menjalani kehidupan sebegini, dan aku perlukan sesuatu yang membuatkan aku terasa sibuk untuk belajar dan tahu banyak perkara dalam hidup kita ini.

No comments: