mungkin sebab aku sudah lama tidak menulis di dalam ini, timbul perasaan nak menulis hari ini, dan peliknya bila masa aku datang awal ke pejabat hari ini. mungkin sebab sebelum ke pejabat aku hantar adik aku ke politeknik dulu dan perjalanan ke pejabat macam sekejap aje...aku bosan sebenarnya memikirkan benda-benda yang perlu aku lakukan. Entahlah, dah lah surat tawaran tu pun aku lupa nak amik,kenapalah dengan aku ini. aku nak keseronokan seperti dulu, tetapi masa itu sudah berlalu dan ianya takkan kembali lagi selepas ini, entahlah, bosan pun ada boring pun ada. Pagi aku hari ini dipenuhi dengan kebosanan aku ini, entahlah...
hidup ini perlu diteruskan, sebab itulah nama aku...aku ada kehidupanku sendiri dan mungkin ianya sama dengan kehidupan orang lain yang aku tidak tahu asal usulnya, tetapi aku kenal dengan diri aku ini. Aku perlu teruskan hidup ini juga kerana aku boleh hidup dalam keadaan seperti ini dan aku pernah mengalami kekecewaan dan perasaan yang sebegini sebegini. Dan masa yang mengubat segala kekecewaan itu, dan masa yang akan menentukan, dan sebagaimana masa berjalan dengan pantas, usia pun semakin bertambah dan bertambah dan hampir kepada kematian. Jika aku tiada anak, siapa agaknya yang akan mendoakan aku bila masa aku sudah tidak wujud di dalam dunia ini, siapa agaknya...sedekah dan amal jariah, pun jarang2 aku lakukan, ilmu yang bermanfaat..aku pernah terfikir benda itu suatu hari dulu, dan sekarang aku yakin aku akan ada itu, tetapi doa anak yang soleh, sempat ke aku akan ada anak suatu hari nanti?
aku yakin aku akan ada suatu hari nanti seperti mana aku yakin yang aku akan dapat menyambung pengajian aku itu...
ok...aku rasa aku patut kembali kepada situasi sebenar aku di sini, memikirkan tentang perjalanan hidup aku yang bakal aku tempuh sebentar lagi dan ada banyak benda yang boleh menggembirakan aku, kenapa aku memikirkan satu benda yang menyakitkan hati aku, manusia akan cuba untuk menyakitkan hati manusia yang lain tetapi masih ramai manusia lain yang akan menggembirakan hati aku...dantanggungjawab aku amat besar sebenarnya, sehingga kekadang aku tidak yakin tetapi kali ini aku amat yakin, jika ianya melibatkan diri sendiri, kadang-kadang senang untuk dapat tetapi jika melibatkan orang lain, susah sedikit untuk mendapat kejayaan. Ya Allah, aku sebenarnya jatuh cinta pada orang yang silap, aku tak sepatutnya melafazkan ayat itu sedangkan dia tidak pernah melafazkan kepada aku..dan dia pun langsung tidak amik tahu tetang diri aku dan sepertimana yang aku nyatakan tadi, aku memang jatuh cinta pada manusia yang tidak sepatutnya dan itulah kesilapan aku yang paling nyata dan akhirnya aku sendiri yang kecewa dalam proses ini.
aku sepatutnya sedar kali ini yang aku bertindak bodoh dalam proses itu, dan aku akan cuba untuk berfikir dengan lebih baik. takpela, kali ini proses hidup aku agak rumit tetapi sekurang-kurangnya aku cuba untuk berjaya dan berusaha untuk mendapatkan apa yang aku rasa aku nak dalam hidup ini tetapi akhirnya tidak berjaya. sekurang-kurangnya aku berusaha untuk berjaya dan aku tawakal tetapi masih tidak berjaya malas gagal.
No comments:
Post a Comment