kadang-kadang aku terfikir, kadang-kadang tidak, kadang-kadang bila aku menyelak jendela ataupun masuk ke bilik sendiri, aku teringatkan dia. namun aku buang jauh-jauh perasaan itu dengan cara aku fikir, dia sudahpun bahagia dengan hala tuju hidupnya yang baharu...dan kenapalah aku ingin mengingatinya kembali sedangkan aku telah buang perasaan itu jauh-jauh...
kehidupan ini sememangnya perlu diteruskan walau kecewa dan terluka..walau sebenarnya banyak dugaan yang perlu ditempuh..aku wajib meneruskan kehidupan aku ini walaupun banyak kenangan, tetapi sememangnya dah namanya ialah kenangan...semuanya hanya tinggal kenangan, walaupun aku sendiri masih terasa, tetapi tiada gunanya jika aku menoleh ke belakang, sepatutnya aku mula bergerak langkah ke hadapan...
aku ada sedikit design lagi yang belum aku siapkan...
semalam aku baru balik dari Kelantan, aku ke sana hari Jumaat, dan balik hari Sabtu, aku berdoa supaya aku tidak bertemu dengan dia sewaktu aku di sana, tetapi memanglah takkan jumpa, Kelantan tu kan luas, takkan aku jumpa dengan dia. Aku tidak bercadang untuk balik ke Kelantan buat waktu yang terdekat ini kerana aku tidak mahu, namun aku lagi tidak mahu membiarkan ayah aku pulang sendirian. Aku takut apa-apa terjadi kepada ayah aku. Bos aku tidak benarkan aku balik hari Khamis kerana ade meeting yang perlu aku sertai...aku pulan hari Jumaat.
Sehari di Kelantan, aku sempat membeli keropok dan beli batik untuk kawan-kawan aku. Rumah aruah nenek aku sudah dirobohkan. Tahun ini, aku tidak pasti di mana akan aku tinggal sedangkan kami tiada tempat tidur lagi..tidak suka susahkan saudara-mara. Sebab itulah aku mengambil keputusan untuk tidak akan balik kampung buat masa terdekat ini.
Sekarang ini aku tidak pasti untuk suka pada Kelantan atau tidak. Aku dilahirkan di sana tetapi tidak pernah tinggal lama, paling lama pun 2 minggu sahaja. Cukup lama. Kenapa aku dilahirkan di Kelantan, sehingga aku tidak suka orang Kelantan. Dan selepas apa yang berlaku kepada ku sebelum ini, membuatkan aku makinlah tidak suka orang Kelantan...
bersambung...hujan....