Monday, January 25, 2010

cintaNya tak pernah gagal hadir di kala ku sedih...

macam mana caranya untuk aku tidak memikirkan perkara-perkara itu agaknya...dan kali ini gambar facebook dia gambar lain pulak...membosankan ...ke aku je yang perasan abaout it...entahlah..tetapi aku tak suka perasaan ini, aku bencikan diri aku bila aku ade perasaan sedemikian lagi..membuatkan aku terasa aku bencikan semua org..tetapi aku memang bencikan dia..tetapi kenapa semalam aku sehingga memikirkannya termasuk di dalam mimpi aku yang entah apa2 tu...

Ya Allah, aku memang hendak melupakan semua perkara yang telah berlaku. dan aku nak berjumpa dengan orang lain, kenapa agaknya aku bertemu dengan dia dan kenapa semua ini terjadi sekali lagi...aku malas nak berfikir lagi benda2 ini, dan aku rasa dia dah bahagia giler..mak dia pun dah bahagia giler..semua org happy dengan peristiwa itu, tidak ade kecacatan dan sebarang keraguan, dia pun happy giler...hapy..hapy giler...

dan adakah aku jeles sebab aku tak bahagia..well..aku memang bahagia dengan hidup aku sendiri...mungkinkah aku jeles? ye ker? aku begitu...cerita dia semua org bahagia..mak dia pun kata..kan mak dah kata, pilihan mak memang tepat...memang tepat, tengok sekarang siapa yang beruntung? jika ko tak dengar cakap mak...ko ingat ko boleh dapat ke kebahagian semua ini, mak tahulah, mak yang makan garam dulu daripada ko...ko pun happy...semua org happy dalam hal ini...mak sedara pun happy..jika ko kawin dengan pilihan ko tu kan belum tentu akan bahagia seperti ini..kan mak dah cakap ..dengar lah cakap mak ko ni...

agaknya itulah kesannya dalam hal sebegini...dan aku rasa inilah dia..akhirnya...

cuma kenapa aku masih lagi mempunyai perasaan sedemikian sedangkan aku sendiri..dan sudah hampir setahun berlalu...agaknya itulah kesudahan cerita aku yang tak best ini.dan akan menjadi tak best...

tetapi aku ade cita2 aku sendiri...ya Allah, aku harap Kau permudahkan segala urusan aku selepas ini dan aku redha dengan ketentuan yang Kau beri kepada aku selama ini..aku bersyukur kerana aku masih lagi hidup dan masih lagi mengharapkan Kau...cintaNya tak pernah gagal hadir di kala ku sedih...

Wednesday, January 06, 2010

aku boleh jadi gila...

"aku memang dapat rasakan yang aku bermasalah dalam hal-hal sebegini.."
"malam-malam je msg aku..pagi2 je msg aku..aku bukannya ada apa2 hubungan dengan dia...dan aku memang taknak jumpa dia pun, apalah masalah dia ni...

tak payah lah nak bagitau apa2 sebab aku memang tak suka.."

"tetapi ko layan juga sms dia.."

"sebab aku tidak tahu siapa dia dan aku nak selidik sapa dia tu..dia tu kan tiba-tiba je message dengan aku...aku pun pelik lah...that's why aku tanya, sebab aku nak tahu, so bila aku nak tahu aku akan tanya, aku nak tanya sapa lagi dalam hal ini kan...sebenarnya dia memang tidak ada ciri utama yang aku nak, pendidikan tuh...macam mana ek...aku tak suka lah...macam mana ek aku nak perbetulkan benda2 sebegini?"

"macam mana aku nak samakan aku dengan dia..dia setakat tingkatan 3 je..aku ni pulak...ya Allah, jauhkan aku dari sifat riak dunia ni..."

Tuesday, January 05, 2010

aku kebuntuan nih.....

setiap kali aku menjejakkan kaki ke tempat kerja aku ni kan aku akan terus memikirkan benda-benda yang sama tetapi bila berada di rumah aku sebaliknya...apa yang boleh aku buat kesimpulan atas kejadian yang sebegini? mungkin di sini, aku menjadi harapan untuk berjumpa dengan org yang terhebat dan terbaik, tetapi di rumah, hanya aku dan orang biasa sahaja yang akan menemani aku...

apa masalah aku sekarang ini? susahlah nak diungkaikan dengan kata-kata apa yang terjadi kepada diri aku sekarang...masalah sekufu memang akan sentiasa menjadi isu yang paling utama...sekufu dari segi pendidikan? pentingkah benda-benda itu, jika soal ilmu menjadi puncak penting dalam perhubungan? maka aku dengan dia semacamlangit dengan bumi...tetapi dia masih tidak tengok aku lagi.lepas dia tengok aku, mungkin dia akan menjauhkan diri..bila lah gambar tu nak sampai ke tangan dia...aku sudah tidak sabar dan aku harap dia mengambil keputusan untuk tidak memilih aku..

"aku bukanlah hendak melarikan diri dengan keadaan yang sebenar, cuma aku rasa aku tidak bersedia lagi dengan perkara-perkara yang sedemikian.."

"ye ker...bukan masalah duit atau pendidikan...jika kau tahu yang dia kerja ok dengan pendidikan yang baik, aku rasa kau pun akan terima juga dia kan?"

"aku tidak tahu tentang itu, mungkin aku akan mempertimbangkan semula apa yang berlaku"

"ko hipokrit..kau nak benda-benda yang senang je dalam hidup ko"

"mestilah, takkan aku nak hidup dalam kekurangan dalam kehidupan aku sekarang ini..."

bersambung...

Monday, January 04, 2010

aku rasa macam nak gila...

aku kene bagitau dia tu siapa aku yang sebenarnya..dan bila dia dapat menerima keadaan aku yang sebenarnya barulah aku akan memikirkan benda2 yang lain dan kedua...sekarang ini dia jauh panggang dari api dengan diriku..dan aku tidak mahu membuang masa dia dan aku..kenapa sehingga sekarang gambar yang aku send pada dia langsung dia tidak dapat..apa masalahnya dengan gambar itu. dua kali aku send pada adik aku, mereka dapat ajer..tetapi apa masalah dengan hanset dia? kenapa?

aku taknak membuang masa dia dan masa aku atas perhubungan yang belum tentu berjaya ini, dan masalah aku ialah..aku tidak tahu apa masalah aku..aku sebenarnya takut untuk bersemuka dengan dia ini sebabnya..aku rasa dia tiada ciri-ciri yang aku inginkan dalam hidup aku...tetapi kenyataannya kan, benda yang aku fikir baik untuk aku, sebenarnya buruk dan benda yang aku fikir buruk dan tak padan mungkin perkara terbaik yang terjadi kepada aku...namun aku masih tidak tahu akan hal itu. dan aku kebuntuan dalam hal2 sebegini.dan aku masih tidak dapat menerima kenyataan kerana aku dengan dia bertentangan dalam segala macam hal...pendidikan aku tinggi, dia? sehingga tingkatan 3 sahaja...macam mana aku nak menerima kenyataan itu..

Ya Allah. Pentingkah pendidikan dalam aspek ini..sekufu kan aku dengan dia?
aku tidak mahu menegecewakan dia dan aku sendiri pun tidak mempunyai sesiapa pun selain dia, mungkinkah aku akan bertemu dengan org lain selepas ini? ade ke org lain yang akan sama menaruh harapan kepadaku sepertimana dia...

sebenarnya dia haruslah melihat aku dahulu...jika dia boleh menerima diri aku seadanya..maka aku akan cuba untuk menerima diri dia seadanya...bantu aku Ya Allah dalam urusan sebegini...