Tuesday, July 14, 2009

ada aku kisah....

aku akan pergi ke Kelantan lagi Jumaat ini, aku beritahu kakza, aku benci pergi ke kelantan lagi, kalau bukan kerana emak aku yang nak kami pergi, sampai bila2pun aku takkan menjejakkan kaki ke situ lagi. memanglah kelantan tu luas dan aku takkan jumpa dia tetapi nak memikirkan bahawa aku akan pergi ke sana, tempat asal dia, amatlah menyakitkan hati aku, tetapi aku terfikir yang aku pun berasal dari sana juga, cuma sekarang ini aku sengaja mencipta peristiwa dan agenda yang akan membuatkan aku seronok apabila berada di sana.

yang makin membuatkan aku semakin tak nak ke sana ialah apabila tujuan aku ke sana ialah pergi ke kenduri kahwin sepupu aku, yang umurnya ternyatalah jauh bangat dari aku ini. dan aku telah menggambarkan bahawa mesti akan ada di kalangan makcik-makcik aku yang akan bertanyakan tentang jodoh aku..dan semakin memikirkan hal ini, semakin akan menyesakkan pemikiran aku. Mungkin aku patut pandang dan senyum sahaja. Mana mungkin aku tahu bila aku akan kawin, lebih2 lagi aku tiada calon buat masa ini.

"kak za kene jaga sikit adik kak za tuh, kene tegur sikit perangai dia tuh..."

"ada aku kisah dengan semua itu..."

bosan, bila mana manusia lupa akan perangai diri sendiri dan cuba untuk menegur perangai orang lain, cuma ko babgitau aku kan , manusia mana yang tak suka dengan perangai dia tu tetapi ade ke yang akan bagitau dan berterus terang dengan dia, dulu aku pernah kata yang aku tak suka dengan dia sebab dia tidak boleh dipercayai langsung, dan dia diam sahaja..dan ternyata selepas beberapa minggu, dia sendiri pun tidak ingat akan perangai diri sendiri...

tetapi aku tahu mereka tu si kitol....

dan tempat tu pun menjadi bilik mayat untuk mereka...

aku teringat kata-kata kakza pagi tadi, sehingga kami terdiam dan sehingga membuatkan aku mengambil keputusan untuk keluar makan.....

aku tak sangka, haji mat boleh berfikiran sedemikan tentang tuan haji...air yang tenang jangan disangka tiada buaya....

membuatkan aku berfikir..betullah apa yang aku fikirkan selepas perjumpaan terakhir kami...bosan...

aku tak tahu sama ada dia hidup lagi atau dah mati....

tetapi setelah aku fikir semula...

"ada aku kisah....!!!!!"

No comments: