aku tak tahu nak mulakan macam mana...
yang aku dapat tahu ialah, dia dah kawin...kali ni betul2...hancur hatiku...kali ni betul2 hancur.setelah beberapa bulan aku tak memikirkan apa2...kali ini hancur sehancur-hancurnya.
dan kali ini aku rasa aku lemah...panas...
perasaan yang sama sewaktu aku dapat tahu dia dijodohkan dengan orang lain oleh ibunya.
aku taknak tahu pun, bukan aku yang mencari kenyataan itu tetapi akhirnya ia sampai ke telinga aku..
aku rasa panas sekarang ini...
dan bila banyak kali aku ulang ayat itu...aku panas...
dan bila aku mula memikirkan yang kehidupan dia yang baru...aku terharu...aku harap orang yang mendampingi dia adalah aku...tetapi kehidupan ini bukan milik aku. aku bukan penentu. walaupun sebanyak mana yang aku inginkan, kehidupan aku bukan begitu...
aku ada tanggungjawab lain dalam hidup aku, dan tidak siapa pun yang akan mengerti hal itu...
takpela...hari ini hari dia
esok lusa hari aku...
Friday, October 23, 2009
Monday, October 19, 2009
hayat....
bercerita tentang kehidupan, membuatkan aku terasa entahlah, pelik kan, semakin banyak yang ku cari dalam hidup ini semakin sesat aku jadinya. Mengeluh, aku sendiri pun malas nak mengeluh, apatahlah lagi nak memikirkan yang hidup aku jadi kelam kabut. Memang kelam kabut jadinya, so..apa yang aku minta sekarang ini? hidup yang normal? sama? sesetengah orang mungkin ada beberapa impian tetapi aku ada banyak impian, sebabnya impian aku masih tidak termakbul sebagaimana impian orang lain yang sudah lama termakbul...
aku rasa aku seperti manusia yang menunggu di bawah pokok berhampiran dengan jambatan ke seberang. kebanyakan orang sudah melalui jambatan itu dan menuju ke arah itu tetapi aku masih lagi menunggu dengan siapa patut aku menyeberang jambatan itu...dan aku masih lagi duduk di bawah pokok itu sambil menunggu kehadiran orang itu..ramai yang menunggu dengan aku. ada yang masih menunggu dan ada yang sudah bertemu dengan orang yang ditunggu-tunggu. dan aku gelisah menunggu, tunggu dan tunggu, tetapi jika aku bijak, aku tidak akan tunggu semata-mata tunggu, dalam masa aku menunggu aku akan buat apa sahaja, tetapi pada masa yang sama aku akan tunggu dan tunggu. atau patutkah aku pergi ke arah lain dan menunggu di tempat yang lain. bagaimana yer...
patutkah aku pergi ke pokok lain untuk menunggu? atau ke pokok yang lain untuk menunggu? ataupun tunggu sahaja di tempat ini untuk menunggu? macam mana yer...
memang betul la kata orang, penungguan itu satu penyeksaan. Ada ke manusia yang aku tunggu tu? wujud ke dalam dunia yang nyata nih ataupun mungkin bukan dunia ini, mungkin akhirat nanti? tetapi kuatkah aku dalam menghadapi ujian dan rintangan ini...

Monday, October 12, 2009
entahlah...
aku malas nak menghantar pelajar diploma ke pertandingan tu..nak menghantar ke bas pun malas...entahlah. pagi ni sememangnya aku banyak tersenyum tetapi bila temperature kereta aku tiba2 naik bila aku berhenti drive..membuatkan aku terasa pelik. dan banyak berfikir. mungkin aku patut hantar kereta aku untuk servis dan jika tak siap esok..aku boleh cuti aje. duk rumah lagi best...
hari ini semacam 2 tahun yang lepas, sewaktu aku naik bus ke sana untuk sukmat. tetapi hari ni bukan aku yang pergi. ada masanya itu pengalaman aku, ada masanya itu pengalaman orang lain.
apa yang dah aku buat 2 tahun lepas agaknya...sehingga membawa kesan seperti hari ini? something been missing in my life sekarang ini tetapi aku tidak tahu apa dia. dan aku tidak mengucapkan selamat berjuang atau apa2 sekalipun...malas...
2 tahun aku di sini sebenarnya tidak memberi apa2 kesan kepada diri aku, aku masih tak kaya, aku masih single, aku masih tidak puas hati, aku masih tidak ada apa2 pencapaian dalam hidup, aku tak bahagia, aku tak suka, aku...menyesal? aku tidak akan menyesal...walau apa2 keputusan sekalipun, jauh untuk menyesal...itu bukan aku...
if they can't fit in ur life, try to fit in their life...
aku rasa aku patut merangka semula tindakan aku...
apa yang patut aku buat sekarang ini?
apa perancangan aku sekarang ini?
hidup ni perlulah diteruskan...
kenapa sekarang aku terasa tidak ada kehidupan?
apa yang hilang dalam diri aku ini?

Subscribe to:
Posts (Atom)