hari ini sebenarnya aku tak bekerja hari ini kerana atas dasar selsema babi tu, tempat aku kerja dikuarantinkan...dan doktor tu cakap, seminggu kene tutup..bagi aku, seminggu bercuti adalah salah satu rahmat yang tidak terhingga lebih-lebih lagi kepada manusia workholic seperti aku, cuma sejak dua menjak ini aku mengalami perasaan malas dan bosan untuk bekerja walaupun sebenarnya aku masih lagi mempunyai banyak peristiwa yang perlu aku selesaikan sebelum aku beralih arah ke arah lain, dan arah yangaku sendiri tidak tahu...
kadang-kadang aku sendiri tidak tahu di mana hujungnya perjalanan hidup aku ini, aku sentiasa menggambarkan penghujung aku akan sentiasa indah dan tidak mengecewakan, dan jika aku bertemu dengan kesedihan, akhirnya aku akan gembira dan sinar itu akan kembali, cuma kadang-kadang aku berdendam dengan keadaan..dan mungkin aku sendiri tidak bersyukur dengan apa yang telah terjadi, walaupun pahit namun terpaksa aku telan...orang kata bila cinta memerlukan pengorbanan..dan aku membuat pengorbanan,semakin jauh aku dengan kalimat cinta itu, mungkin ianya takkan hadir lagi dalam hidup aku disebabkan oleh hati aku sudah beku untuk menerima penangan cinta itu...
jika aku terfikirkan dengan gelagat manusia yang lebih teruk keadaannya daripada aku, aku memang patut bersyukur dan sentiasa bersyukur kerana sentiasa ada sebabnya setiap perkara terjadi kepada aku...dan cuma kadang-kadang bila aku berfikiran jahat...setiap benda yang terjadi kepada aku..membuatkan aku terfikir yang..dia bahagia..dia akan cuba untuk menyesuaikan diri, dia akhirnya akan berjaya..tetapi aku..aku masih lagi teringat2kan benda yang tidak sepatutnya, aku masih lagi berharap dengan unisel itu, aku masih lagi sendiri...dan ternyata pengorbanan hanya untuk seseorang sahaja, pihak satu lagi akan cuma mengalami kekecewaan yang tahap melampau...
astaghfirullah...aku tak sepatutnya berfikiran demikian, kerana semua benda yang terjadi adalah kehendak Allah dan Allah mempunyai pelan tersendiri yang hanya Allah sahaja yang tahu, dan jika Allah menghendaki supaya aku sendiri selamanya, sehingga aku menghembuskan nafasku yang terakhir, itukan kejadian dan kehendak Allah, siapalah aku untuk menghalang sebab ternyata Allah yang berkuasa atas apa yang terjadi...bila aku berfikiran demikian, seperti aku tidak ikhlas dengan ketentuan daripada Allah terhadapku...dan jika manusia itu berlutut di depanku sekalipun, dan sehingga keluar air mata darah sekalipun, peritiswa itu sudah berlaku...
cumanya...aku rasa dia bahagia..dia sudah bahagia...sudah bertemu dengan kebahagian hidunya, dan membuatkan aku dengki ialah bilamana aku masih tidak bahagia..aku dengki dengan kebahagian itu, aku nak dia rasa apa yang aku rasa, aku benci bila aku sentiasa memikirkannya...ya Allah jaukanlah aku dengan perasaan ini, perasaan yang akan membunuh diriku...
cumanya aku tak tahu, bila aku akan membuka kembali lembaran itu, sudah penat rasanya...aku tak pernah mempermainkan perasaan orang lain, kenapa ada yang suka mempermainkan perasaan aku...aku tidak pernah bermusuhan dengan sesiapa...
aku malas nak memikirkan perkara-perkara ini lagi...aku..bosan dengan semua benda sebegini,bosan dan bosan..
No comments:
Post a Comment