macam mana caranya untuk aku tidak memikirkan perkara-perkara itu agaknya...dan kali ini gambar facebook dia gambar lain pulak...membosankan ...ke aku je yang perasan abaout it...entahlah..tetapi aku tak suka perasaan ini, aku bencikan diri aku bila aku ade perasaan sedemikian lagi..membuatkan aku terasa aku bencikan semua org..tetapi aku memang bencikan dia..tetapi kenapa semalam aku sehingga memikirkannya termasuk di dalam mimpi aku yang entah apa2 tu...
Ya Allah, aku memang hendak melupakan semua perkara yang telah berlaku. dan aku nak berjumpa dengan orang lain, kenapa agaknya aku bertemu dengan dia dan kenapa semua ini terjadi sekali lagi...aku malas nak berfikir lagi benda2 ini, dan aku rasa dia dah bahagia giler..mak dia pun dah bahagia giler..semua org happy dengan peristiwa itu, tidak ade kecacatan dan sebarang keraguan, dia pun happy giler...hapy..hapy giler...
dan adakah aku jeles sebab aku tak bahagia..well..aku memang bahagia dengan hidup aku sendiri...mungkinkah aku jeles? ye ker? aku begitu...cerita dia semua org bahagia..mak dia pun kata..kan mak dah kata, pilihan mak memang tepat...memang tepat, tengok sekarang siapa yang beruntung? jika ko tak dengar cakap mak...ko ingat ko boleh dapat ke kebahagian semua ini, mak tahulah, mak yang makan garam dulu daripada ko...ko pun happy...semua org happy dalam hal ini...mak sedara pun happy..jika ko kawin dengan pilihan ko tu kan belum tentu akan bahagia seperti ini..kan mak dah cakap ..dengar lah cakap mak ko ni...
agaknya itulah kesannya dalam hal sebegini...dan aku rasa inilah dia..akhirnya...
cuma kenapa aku masih lagi mempunyai perasaan sedemikian sedangkan aku sendiri..dan sudah hampir setahun berlalu...agaknya itulah kesudahan cerita aku yang tak best ini.dan akan menjadi tak best...
tetapi aku ade cita2 aku sendiri...ya Allah, aku harap Kau permudahkan segala urusan aku selepas ini dan aku redha dengan ketentuan yang Kau beri kepada aku selama ini..aku bersyukur kerana aku masih lagi hidup dan masih lagi mengharapkan Kau...cintaNya tak pernah gagal hadir di kala ku sedih...
No comments:
Post a Comment