Monday, January 04, 2010

aku rasa macam nak gila...

aku kene bagitau dia tu siapa aku yang sebenarnya..dan bila dia dapat menerima keadaan aku yang sebenarnya barulah aku akan memikirkan benda2 yang lain dan kedua...sekarang ini dia jauh panggang dari api dengan diriku..dan aku tidak mahu membuang masa dia dan aku..kenapa sehingga sekarang gambar yang aku send pada dia langsung dia tidak dapat..apa masalahnya dengan gambar itu. dua kali aku send pada adik aku, mereka dapat ajer..tetapi apa masalah dengan hanset dia? kenapa?

aku taknak membuang masa dia dan masa aku atas perhubungan yang belum tentu berjaya ini, dan masalah aku ialah..aku tidak tahu apa masalah aku..aku sebenarnya takut untuk bersemuka dengan dia ini sebabnya..aku rasa dia tiada ciri-ciri yang aku inginkan dalam hidup aku...tetapi kenyataannya kan, benda yang aku fikir baik untuk aku, sebenarnya buruk dan benda yang aku fikir buruk dan tak padan mungkin perkara terbaik yang terjadi kepada aku...namun aku masih tidak tahu akan hal itu. dan aku kebuntuan dalam hal2 sebegini.dan aku masih tidak dapat menerima kenyataan kerana aku dengan dia bertentangan dalam segala macam hal...pendidikan aku tinggi, dia? sehingga tingkatan 3 sahaja...macam mana aku nak menerima kenyataan itu..

Ya Allah. Pentingkah pendidikan dalam aspek ini..sekufu kan aku dengan dia?
aku tidak mahu menegecewakan dia dan aku sendiri pun tidak mempunyai sesiapa pun selain dia, mungkinkah aku akan bertemu dengan org lain selepas ini? ade ke org lain yang akan sama menaruh harapan kepadaku sepertimana dia...

sebenarnya dia haruslah melihat aku dahulu...jika dia boleh menerima diri aku seadanya..maka aku akan cuba untuk menerima diri dia seadanya...bantu aku Ya Allah dalam urusan sebegini...

No comments: