setiap kali aku menjejakkan kaki ke tempat kerja aku ni kan aku akan terus memikirkan benda-benda yang sama tetapi bila berada di rumah aku sebaliknya...apa yang boleh aku buat kesimpulan atas kejadian yang sebegini? mungkin di sini, aku menjadi harapan untuk berjumpa dengan org yang terhebat dan terbaik, tetapi di rumah, hanya aku dan orang biasa sahaja yang akan menemani aku...
apa masalah aku sekarang ini? susahlah nak diungkaikan dengan kata-kata apa yang terjadi kepada diri aku sekarang...masalah sekufu memang akan sentiasa menjadi isu yang paling utama...sekufu dari segi pendidikan? pentingkah benda-benda itu, jika soal ilmu menjadi puncak penting dalam perhubungan? maka aku dengan dia semacamlangit dengan bumi...tetapi dia masih tidak tengok aku lagi.lepas dia tengok aku, mungkin dia akan menjauhkan diri..bila lah gambar tu nak sampai ke tangan dia...aku sudah tidak sabar dan aku harap dia mengambil keputusan untuk tidak memilih aku..
"aku bukanlah hendak melarikan diri dengan keadaan yang sebenar, cuma aku rasa aku tidak bersedia lagi dengan perkara-perkara yang sedemikian.."
"ye ker...bukan masalah duit atau pendidikan...jika kau tahu yang dia kerja ok dengan pendidikan yang baik, aku rasa kau pun akan terima juga dia kan?"
"aku tidak tahu tentang itu, mungkin aku akan mempertimbangkan semula apa yang berlaku"
"ko hipokrit..kau nak benda-benda yang senang je dalam hidup ko"
"mestilah, takkan aku nak hidup dalam kekurangan dalam kehidupan aku sekarang ini..."
bersambung...
No comments:
Post a Comment