aku rasa entahlah pada diri sendiri. apa yang berlaku kepada aku, entahla...aku cuba nak buat yang terbaik, entahlah...aku sendiri kadang-kadang tidak yakin dengan diri sendiri. dan aku sendiri tidak tahu mana yang baik dan mana yang buruk setiap tindakan yang aku lakukan. aku sebenarnya tidak tahu macam mana nak luahkan perasaan aku ini, aku takut ...aku tak tahu apa yang aku takut...
aku nak mula bercerita...
aku terjumpa kawan lama di FB, dia yang add aku, aku sebenarnya sudah lama nak add dia tetapi aku mana lah tahu apa nama dia, maksud aku id dia, tetiba selepas beberapa bulan kemudian dia add aku. aku try untuk berborak dengan dia..dan dia seperti malas nak layan aku. at least itu yang aku rasakan pada masa itu..entahlah aku sendiri pun tak tahu samada dia malas nak layan aku, katanya dia nak kene siapkan video klip...
aku ni sebenarnya sudah lama suka pada dia ini, masa aku darjah 6 lagi, aku suka tengok dia...dia macam pendiam tetapi dia pandai. mula-mula aku tak tahu dia pandai tetapi lepas aku dapat no 1 dalam kelas dan dia dapat no 2, ye ke, or aku dapat no 2 dan dia dapat no 1 ..aku pun tak ingat dah zaman tu, so aku tahu lah yang dia ni pandai...cuma masa tu aku tahu dia minat dengan sorang budak perempuan tetapi budak perempuan ini minat dengan kawan dia, dia pun berundur...
aku jarang tegur dia, dia pun jarang tegur aku...
kalau nak berborak apa-apapun...aku jadi tak tahu nak cakap apa...dia pun bila dengan aku pun tak tahu nak borak pasal apa...
ada satu hari, waktu rehat, aku berdiri kat pintu belakang kelas, dia datang dan berdiri kat pintu itu...aku nak tegur dia, aku rasa dia pun nak tegur aku...tetapi...
kesudahannya ..kami jadi terdiam dekat pintu, masing-masing pandang masing-masing dan tak tahu nak cakap apa...
masa perhimpunan, aku selalu duk depan kat perhimpunan, bukan aku pendek tetapi budak perempuan yang lain tak suka nak duduk depan, masa tu dia yang tukang naikkan bendera...
masa nyanyi...aku bukan tengok bendera...aku tengok dia..
masa cikgu berucap...aku bukan tengok cikgu...aku tengok dia...
masa baca doa...aku tadah tangan..
masa nak beredar masuk kelas pun..aku still tengok dia...
kesimpulannya aku memang suka tengok dia...
masa kokorikulum pun aku akan cari dia...dia akan pandang aku
masa aku dapat 4A dalam percubaan pun, dia akan pandang aku dulu
masa nak pergi sekolah, aku akan pastikan dia sampai depan rumah aku baru aku akan jalan ke sekolah...aku nak jalan seiring dengan dia...
aku pun baik dengan adik perempuan dia...
tetapi kawan aku baik dengan adik perempuan dia...
tetapi kawan aku pun suka dia.
tetapi kawan aku selalu puji dia.
kawan aku selalu bercerita tentang dia.
kawan aku minat dengan dia.
aku dah tak jumpa dengan dia selepas darjah 6
result aku tak sama dengan dia.
seingat aku...aku tak ingat apa perkataan aku dengan dia.
kali terakhir aku jumpa dia kat pasar malam dia tanya result aku...masa tu dia dah pindah...
aku pandang dia, dia pandang aku...
lama...
aku tak tahu nak tanya apa lagi, aku nak minta alamat dia sebenarnya
aku taknak lost contact dengan dia...
tetapi aku tak boleh nak minta...aku jalan
aku pandang dia, dia pun pandang aku...
aku harap selepas itu aku akan jumpa dia lagi
aku sedih sebenarnya. aku tengok FB dia, aku tak rasa dia ada perasaan pada aku.
aku rasa memang takde langsung. sehingga aku mengharapkan agar dia ada perasaan pada aku...tetapi aku rasa mungkin tidak, sekarang ni pun aku cuba untuk melupakan dia sebabnya aku rasa semua yang berlaku hanyalah perasaan aku semata-mata dan mainan semata-mata...
aku selalu begini, aku bosan dengan diri sendiri
aku selalu bernasib malang dalam perhubungan
aku rasa itu semua mainan perasaan
aku tak rasa dia suka dengan cara aku skang
aku rasa secara luarnya aku tahu apa yang dia suka pada perempuan
dan aku bukanlah perempuan sebegitu
walaupun ada rasa positif dalam hati aku
aku rasa aku bukanlah perempuan itu...
aku rasa tenang sikit bila aku bercerita sebegini dan aku suka bila takde orang baca...
No comments:
Post a Comment