aku terkenang perkara-perkara lepas yang telah aku lakukan, aku banyak melakukan dosa...dan aku ingat akan dosa2 aku yang dahulu. Adakah Allah akan mengampuni dosa2 aku? Aku sendiri tidak tahu dan aku berdoa agar Allah dapat menerima aku.
malam ini sepatutnya aku sudah bersiap2 untuk ke rumah kawan aku, mungkin aku akan pergi lambat sedikit, entahlah. aku sendiri tidak tahu akan kehendak diri sendiri, dan aku semakin lama semakin kebuntuan dalam membuat keputusan dalam hidup aku sendiri. mungkin aku sememangnya banyak mengeluh dalam banyak2 hal, mungkin aku banyak melakukan dosa dan kerana itulah banyak permintaan aku yang tidak aku dapat.
aku menyesal sebenarnya, menyesal mengenali manusia, jika aku tahu aku tidak akan pernah untuk berhubung dengan manusia, jika aku tahu, dan aku rasa aku tahu ...ye aku memang tahu tetapi aku sendiri tidak percaya dengan diri sendiri.
aku bosan memikirkan nya lagi, bosan memikirkan benda2 yang menyakitkan hati sendiri...bagi aku dia sudah mati, sudah lama mati, dan aku tidak kisah dan tidak akan ambil tahu sama ada dia hidup atau mati atau apa, kerana bagi aku dia sudah lama mati dalam hidup aku dan aku tidak mahu ambil tahu...dan aku tidak kisah tentang kehidupan dia ataupun kematian dia...
No comments:
Post a Comment