Kali ini aku tulis dalam word supaya jika computer ini tetiba restart makanya aku boleh recover semula…banyak kali dah jadi..
Aku menyampah sebenarnya..setiap kali nak solat, mesti ada masalah dengan merapatkan saf…terutamanya saf perempuan..sepanjang bulan ramadhan ni ..melalui pemerhatian aku…banyak jenis dah yang aku jumpa…
1) jenis mereka yang suka duduk dan menapakkan sejadah..duduk di tempat2 yg mereka suka…yg pasti biasanya dekat dengan kipas..aku ni kalau duduk sini takkan berganjak punyalah..aku dah cop dah ni area aku ..sapa2 takleh nak duduk sini..ini tempat strategic aku malam nih..aku nak duduk dan sembahyang kat sini sampai aku mati…biarlah walau saff depan tu masih kosong.aku akan suruh sapa2 yg baru datang, sapa yg aku rasa muda-muda penuhkan saff..aku takpe..aku dah tua…aku duduk di tempat yg aku suka ni ajer….
“adik…sila naik yer..penuhkan yg atas tu dulu…” sambil diri sendiri mengajak org lain naik, yg dia..masih duduk di sejadah idaman dia…”penuhkan tu dulu”….
Bengkek betullah manusia yg macam nih…aku tak leh nak kata apa2 lah kan, sebabnya yg suka sangat buat macam ni ramainya makcik2 je lah..yg muda2 aku tak tahu lah sebabnya memang makcik2 yg suka pergi masjid..yg muda2 aku tak tahu lah buat apa kat rumah..buat kuih raya kot…
2) Jenis yang suka juga duduk saff depan dah..tetapi jika ade kosong tak suka nak berganjak..akhirnya meminta mereka yang belakang isi saff yang depan…yang ni nampak sama macam jenis yang kat atas tu tapi lainnya sebab ada kesedaran nak penuhkan saff yang depan dulu..
Bukan apa sebenarnya..memang lah pompuan elok duduk saff belakang tetapi takkan semua nak duduk belakang…jenis yg macam ni bila nak solat akan tercari2 lah mereka yg belakang buat mengisi kekosongan di saff yang depan…
“mari naik…penuhkan yg depan ni dulu…”
mak aiii…makcik silalah naik aje kedepan, kan makcik lebih dekat kat sana…naik je lah..nanti…tempat makcik yg kosong tu ade lah sapa2 yang naik akan gantinya…
3) golongan manusia yang sebelah dia ade kosong..tetapi buat tak endah jer…takde lah pulak nak suruh orang naik…bagus…dan takde pulak perasaan nak rapatkan saff di kanan dulu..kedudukan dia seperti kedudukan jenis yg pertama, sayang nak tinggalkan tempat keramat/kesayangan yg sudah ditapaknya…padahal jika nak rapatkan saff kanan dulu boleh aje...
penatlah manusia macam ni..kalau yg belakang2 tu takde perasaan nak naik atas nak penuhkan tempat kosong sebelah manusia tadi tuh..sembahyang lah sorang2 sambil setan pun berjalan bersorak sakan diantara saff yg tak rapat tuh….bulan puasa setan takde…
jenis macam ni memang mati hidup baik pun takkan cuba lah nak rapatkan saff ke kanan punyalah…buat tak tahu aje….
4) Golongan manusia yg suka penuhkan kiri dulu..mungkin kiri dekat dengan pintu..habis je solat boleh terjun untuk balik…dan sementara ade manusia lain yg suka penuhkan kanan dulu…time imam dah takbir..golongan inilah yang akan menjadi golongan pertama/kedua/ketiga…3 dalam satu..mereka akan bertindak untuk cuba panggil org belakang unuk penuhkan saff sebelah mereka…diri sendiri tak akan cuba nak penuhkan bahagian kanan dulu…mereka malas nak berganjak..malas nak tinggalkan tempat kesayangan iaitu pintu itu…taupun tingkap..ataupun…almari al-quran..ataupun cermin tingkap..
5) Golongan yang selalu datang lambat ke masjid..akan duduk di belakang dulu..sambil melihat manusia di depan..bila imam takbir..tidak bertindak untuk penuhkan saff tetapi akan duduk aje di situ…sebaliknya akan cuba mengarah2 orang lain untuk memenuhkan saff di depan…sebenarnya golongan ini memang pandai…lepas datang lambat, mereka akan cuba duduk di saff ditengah2..jika malam tu ade 5 saff..mereka akan duduk di saff ke tiga..atau keempat…duduk di tepi2..dan bila ade yg baru datang..mereka lah yg akan berperanan sebagai penyuruh memenuhkan saff di hadapan..sambil badan mereka hanya pusing 360 darjah..sahaja..tanpa bergerak….sebenarnya golongan ni adalah golongan yg asas kepada golongan 1/2/3/4….
6) Golongan yang datang awal…duduk belakang…bila ade golongan yang menyuruh penuhkan saff di hadapan..buat tak tahu ajer…malas nak layan…sambil cakap balik…”makcik je boleh naik ke atas….” Tetapi tak pandang muka….semestinya aku lah yg tergolong dalam golongan itu…
7) Golongan yang datang awal, penuhkan saff di hadapan…duduk senyap2…malas nak layan golongan bertelagah di belakang….aku lah tuh…..
Kesimpulannya…bukannya kita ni tak tahu nak rapatkan saff..nak betulkan saff..bukannya tak reti nak pebuhkan saff tetapi tak tahu apa lah puncanya terjadi sedemikian..makin lama saff makin jarang..mungkin senang masa nak tahyat akhir nanti kot..boleh duduk dengan aman..malaysia..setakat ni takde lagi kess2 yg sampai terduduk atas kaki orang lain…kalau mula tarawikh mungkinlah kot..masa tu saff memang rapat sesungguhnya..sampai tak cukup kene sembahyang kat luar..ni malam ke 16 ini…semakin lama semakin surut…aku pun pelik..di kawasan rumah aku ni..ade je yg tak pergi terawikh..entah lah…aku rasa kawan2 aku pun ramai yg duduk beserah ni tapi…mmm…malas nak berburuk sangka atau menulis sangka…
Ok…aku cerita bulan tarawikh ni je…tak termasuk bulan biasa..tanpa tarawikh…org pompuan pun tak digalakkan solat kat masjid pun…kat rumah aje..ok…
Monday, October 09, 2006
malam-malam ginilah....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment