Thursday, September 28, 2006

takkan kaum perempuan cepat sangat jatuh hati.. walaupun si lelaki hanya sekadar menghulurkan salam seorang kawan

"takkan kaum perempuan cepat sangat jatuh hati.. walaupun si lelaki hanya sekadar menghulurkan salam seorang kawan"

mmm....memetik ayat2 tersebut dapat disimpulkan bahawa...

1) jangan la mudah sangat kita mudah sangat nak suka kat manusia lelaki yang macam nih..
2) sentiasa mau ingatlah yer..
3) takkan ade kesan kot kalau baik semacam je dengan kau..
4) ek eleh...
5) lelaki ni saje je nak kenal kau tu. nak mengisi masa lapang....bak kata kawan aku..

"kalau betul2 ikhlas nak kawan, dia akan cakap benar"
"kalau saja nak main, dia rahsiakan status hidup dia"

aha..dengar tu..dengar kata kawan aku nih..dia ni agak pakar juga dalam hal2 begini..mana lah tahu kan..kot2 boleh lah juga diamik pengajaran..

eh sambung kesimpulan tadi tuh...

6) jangan lah mudah sangat nak terasa dalam hal ini..buat lah tak tahu je..atau dengan lebih bagus..memang tak tahu..
7) jauhkan lah mempunyai perasaan jika kenal dengan lelaki macam ni..sebenarnya tak kira lah apa skali pekerjaan lelaki tersebut, kalau memang sejak azali lagi perangainya begitu..macam mana sekalipun akan terjadi juga..

ok.skang ni baik kita buat satu situasi berkaitan dengan hal yang demikian...katakanlah..

situasi A

situasi di mana lelaki ini sebenarnya sudah berkahwin, sengaja menyembunyikan status dia kerana ..entahlah apalah sebabnya kan..di tempat kerja berbalas2 email dengan kamu, di rumah menguruskan anak2 n isteri..dia tak sabar nak datang office semata2 nak berbalas email dengan kamu. isterinya langsung tidak mengetahui apa2 yang berlaku, padanya suami dia ade lah seorang yang penyayang dan bertimbang rasa dan jujur..pada masa yang sama...dia ade berbalas email dengan kamu..memanglah jika berbalas email tak akan memberi sebarang kesan-kesan yang lain dan sebarang kesan sampingan tetapi mana tahu esok lusa atau bulan depan atau tahun depan, sedikit demi sedikit perasaan sayang n suka itu akan timbul..dan pada masanya kamu juga akan tahu bahawa lelaki itu sebenarnya merupakan suami orang dan pada masa itu, kamu memang tidak akan keberatan nak meninggalkan lelaki itu sebabnya masing2 sudah jatuh cinta. tragis kan....lelaki jenis ini juga cenderung untuk tidak menceritakan perihal dirinya kepada kamu..lebih suka mendengar kamu bercerita berbanding dia..tak tahu lah apa motif asal lelaki ini..mungkin tekanan dengan kerja.tekanan di rumah, mencari idea2 lain untuk berkomunikasi dengan kamu..

situasi B

situasi ini dimana memang dia sengaja menyembunyikan status dia sebagai bujang..tetapi jika dikaji dengan beberapa fakta yang ada..jarang lelaki bujang hendak menyembunyikan status bujang mereka..lebih2 lagi jika mereka yang sudah berumur...jika ada yang bujang tetapi mempunyai teman wanita, mungkin mereka akan menyembunyikan status mereka dengan mengatakan mereka tidak berpunya...makanya mereka akan cenderung untuk diam sahaja..dan tidak menjawab pertanyaan tersebut....

situasi C

lelaki ini tidak pernah berkahwin, tidak berpunya, dan secara lebih tepat adalah lelaki bujang..lelaki bujang yang sudah berumur amat cenderung untuk menceritakan perihal diri sendiri kepada perempuan yang bujang, yang tidak pernah berkahwin, atau yang tidak berpunya, mungkin kerana inginkan satu perhubungan yang mempunyai makna atau komitmen. adepun hubungan itu tidak mempunyai makna sekalipun, perbualan mengenai jodoh masing2 sering menjadi satu isu pada masing2. lelaki yang tidak berkahwin atau tidak pernah mempunyai teman wanita tidak pandai dalam urusan mengenai wanita..dan lebih cenderung bertanya kepada yang tahu..


makanya dapatlah disimpulkan, melalui penceritaan yang telah diceritakan oleh kamu tadi, boleh lah disimpulkan di sini...ciri2 lelaki itu mungkin lelaki yg statusnya berkahwin..atas sebab2 berikut:

1) mengapa nak berahsia tentang status diri...
2) mengapa mengelak jika ditanya.."adakah awak sudah berkahwin"
3) tidak banyak menceritakan perihal diri sendiri, kecuali bercerita tentang pengalaman melancong, pengalaman zaman kecik2, pengalaman semalam..cerita apa yang dilakukan hari ini..cerita pasal tempat kerja...dan sebagainya di mana ayat2 tersebut diolah dengan baik supaya pembaca tidak langsung mendapat gambaran mengenai diri dia..
4) lain yang ditanya, lain yang dijawab..tidak memenuhi kehendak soalan..tidak banyak melayan karenah..kerana sudah tua..sudah buntu untuk berjenaka...jenaka yang dibuat pun tidaklah lawak..jenaka dahbanyak dibuat untuk kekasih hati dulu..
5) pandai memuji dalam banyak hal.."saya rasa awak ni mesti seorang yang solehah.."
6) berterus terang dalam hal2 yang lain..bukan dalam hal2 yg ditanya...contohnya..."saya selalu aje mengecek email ini dan saya mengharapkan balasan daripada awak..."
7) mengikuti rentak pembalas email...bercerita dengan panjang lebar, seolah2 ingin mendekatkan diri dengan pembaca email, supaya pembaca email akan menkategorikan dia sebagai seorang yang baik dan tidak berahsia...

**************************************

"aku memang bosan sungguh dengan manusia yang macam tu..apa yg dia nak tak tahu lah...bosan sungguh.."

"itulah sapa suruh kau layan dia..."

"entahlah...ayam sungguh lah...."

ps: kejadian ini adalah benar2 berlaku tetapi sebarang keputusan kajian yang berkaitan tidak 100% tepat..sebabnya masih lagi menunggu jawapan dan kajian sedang giat dijalankan...kepada mereka yang juga turut mempunyai masalah yg sama..harap dapat memberi sebarang komen atau fakta2 yang berkaitan..ini adalah menurut pemerhatian penulis semata-mata...


No comments: