"kenapa lah terasa macam dikecewakan saja nih..."
"apa yang kecewa?"
"benda2 lepas tu membuatkan aku kecewa..."
"ooo so kau masih lagi ingatkan peristiwa itu ker? Bukan kau dah dapat menerima.."
"entahlah..aku pun tak pasti...mungkin ada betulnya.."
"apa yang betulnya?"
"seseorang yang mengalami kekecewaan, tidak sedar yang dia mengecewakan orang lain..dia gah bercerita mengenai dirinya sendiri, dia bersemangat memberikan segala harapan, mungkin pada dirinya sendiri tetapi tiada kepastian langsung..tetapi mengapa langsung memberi harapan kepada orang lain, dan aku? aku tidak mungkin akan mengejarnya..kerana aku tidak mungkin akan mengejar manusia sebegitu..terlalu jauh bezanya antara aku dan dia..dan kini semakin jauh..memang nilah yang aku takutkan pada awalnya dan aku cuba untuk menolak segala kelemahan diri apabila aku berdepan dengan tulisannya..perkataannya..tetapi memang itu yang bakal terjadi dan telah pun terjadi"
"hahahahahahahahahahaha!!!!"
"apasal kau gelak??"
"sudah lah kau..takperlulah nak mengingatkan perkara2 yang mendukacitakan..."
"bukan aku yang minta aku ingat tetapi aku ianya semacam satu skandal..dan aku langsung tak tahu..tanpa sebarang berita, sedar-sedar ianya telah pun berlaku..aku sudah memutuskan untuk tidak percaya lagi kepada sebarang keadaan sebegini sebabnya aku tidak sangka yang orang semacam dia boleh melakukan perkara sedemikian.."
"dah tu apa yang kau sangka??"
"aku tidak menyangka apa-apa..."
"mmm..amiklah nasihat aku ni wahai kawan..kita hidup kadang-kadang bermatlamat kadang-kadang tidak bermatlamat, dan dia hanya manusia biasa yang hanya bermatlamat ke arah matlamat dia, dan segala apa jua keadaan atau perkara yang mengarah kepada matlamat dia akan dia ambil dan serap. Kau pernah kah terfikir yang kau itu adalah salah satu antara matlamat dia ataupun tidak? Jika pada pandangan dia iya, makanya dia akan seiring dengan matlamat dia, jika tidak makanya tidak lah..dia manusia yang akan menjadi salah satu manusia hebat? hebatkan kau jika ingin dibandingkan dengan dia? sedangkan banyak lagi manusia hebat lain yang mempunyai matlamat serupa dengan dia yang boleh dia pilih dan boleh dia capai bersama, samakan taraf kalian berdua..?"
"tapi??"
"dengar dulu wahai sahabatku..bukan lah aku ingin mengatakan yang taraf manusia itu tidak sama di sisi Tuhan kita tetapi yang membezakan kita manusia adalah keimanan kita kepadaNya, pernah kah kau fikir sejauh mana diri kau dengan dia? dapatkah kau bandingkan dirimu dengan dia? aku rasa tidak..aku rasa kau wajib mematikan perasaanmu itu sekarang juga atau dengan kata senangnya, secepat mungkin, tidak mungkin perkara-perkara ajaib akan berlaku terhadap dirimu selepas ini. Biarlah dia dengan kebahagian dia kini, kau tahu kan apa semestinya dimahukan dari seorang dia daripada kita,dan dia menginginkan benda-benda lebih..mengapa harus kau bermuram sedangkan aku yakin yang dia langsung tidak pernah ambil tahu akan sesuatu hal yang sebegitu"
"aku kadang-kadang cepat sensitif dengan perkara ini.."
"tiada apa yang perlu dikesalkan..yang sudah,makanya akan sudah..untuk apa kau melewatkan tidurmu untuk mengingati hal-hal yang sebegini lagi, apakah kau tidak bersyukur dengan ketentuan Allah kepada mu, sebaik-baik perancangan adalah dari Allh semata-mata, apakah kau tidak sedar akan hal itu?"
"aku sedar...sekarang aku rasa mengapa ayat2 kau tidak ubah seperti seorang sasterawan sahaja.."
"aku menggunakan ayat-ayat halus supaya kau lebih memahami akan situasi dan supaya akan cepat sampai ke otakmu dulu sebelum ke jiwamu..biarkan otakmu menafsir dahulu sebelum jiwamu..."
"aku masih bingung...dengan diriku sendiri atau ada faktor lain..aku fikir.."
"aku rasa jgn selalu bingung...terima sahabatku..akan ada sinar baru untukmu..."
***************************************************
"aku nak sms juga.."
"aha..bagus-bagus.."
"biar dia tahu, senang untuk dia buat plan..45 ribu bukan sikit, banyak.."
"aha..bagus-bagu.."
No comments:
Post a Comment